Menurut penganalisis, DAP bakal mengekalkan kerusi yang mereka menangi di pilihanraya negeri Johor akan datang. 14 kerusi di kawasan kubu ku...
Menurut penganalisis, DAP bakal mengekalkan kerusi yang mereka menangi di pilihanraya negeri Johor akan datang. 14 kerusi di kawasan kubu kuat mereka agak terlalu sukar ditembusi oleh mana-mana pihak lain.
PAN pula dari 6 kerusi telah menyerahkan 3 kerusi mereka kepada rakan baru bagi pakatan harapan iaitu MUDA yang menggunakan strategi memakai logo sendiri bagi mengelirukan pengundi walaupun sudah jelas MUDA adalah di bawah telunjuk DAP.
Hanya DAP dan PAN yang menggunakan logo pakatan harapan, PKR turut menggunakan logo sendiri di Johor nanti. Semuanya adalah mengikut perancangan DAP. Jelasnya pengundi mula hilang kepercayaan dengan pakatan harapan terutamanya DAP yang dilihat mengawal Mahathir ketika pakatan ini menang pilihanraya umum ke 14 malah DAP juga mengawal pentadbiran Johor sebelum kerajaan negeri pimpinan mereka tumbang baru-baru ini.
Kali ini pakatan harapan dan perikatan nasional bakal bersama untuk membentuk kerajaan Johor melalui pilihanraya negeri ini. PAS sekali lagi dilihat bakal bersetuju dengan apa juga keputusan pakatan harapan 2.0. PAS pernah menjadi ‘makmum’ DAP ketika dalam gabungan Pakatan Rakyat di pilihanraya umum sebelum ini.
Menurut penganalis lagi, kesemua parti anti UMNO BN juga bakal ‘bersetuju untuk bersetuju’ menurut apa sahaja perancangan yang dirangka oleh DAP. Bilang kerusi DAP bakal melebihi kesemua parti-parti lain dalam gabungan mereka dan inilah sebenarnya kelebihan DAP. 14 kerusi adalah modal besar kepada DAP untuk menundukkan kesemua gabungan mereka.
Modal kempen pakatan harapan 2.0 jelas, ‘Melayu mereka’ adalah Menteri Besar mereka dan bagi DAP, mereka sudah pun menonjolkan MUDA sebagai individu tersebut tetapi kena ingat, ada kemungkinan calon Melayu akan bertanding atas tiket DAP sebagai persiapan kecemasan sekiranya MUDA belot.
Apa juga angka kemenangan parti lain di dalam pakatan mereka, DAPlah bakal mempunyai kelebihan bilangan kerusi.
Kesemuanya boleh menjadi makmum DAP sebelum ini maka untuk berimamkan DAP lagi sekali bukanlah suatu perkara yang mustahil.
No comments