Page Nav

HIDE

Post Meta

SHOW

Grid

GRID_STYLE

Post Snippets

FALSE

Hover Effects

TRUE

Pages

{fbt_classic_header}

Header Ad

Breaking News:

latest

Ads Place

#prnJohor: Melayu Dap Marahkan UMNO ‘Serang’ Syed Saddiq

Pegawai khas Lim Kit Siang tiba-tiba melenting marahkan UMNO yang kononnya begitu fokus ‘menyerang’ Syed Saddiq, Presiden MUDA. Menurut pega...


Pegawai khas Lim Kit Siang tiba-tiba melenting marahkan UMNO yang kononnya begitu fokus ‘menyerang’ Syed Saddiq, Presiden MUDA.

Menurut pegawai khas Kit Siang itu, Syed menjadi sasaran ekoran MUDA bakal bertanding di pilihanraya negeri Johor yang dijangkakan diadakan pada bulan hadapan.

Mungkin pegawai khas Kit Siang mulai bimbang kerana MUDA berkemungkinan akan menjadi rakan strategik baharu di PRN Johor dengan harapan boleh menarik undi golongan yang pertama kali mengundi dan juga undi orang muda akan menjejaskan reputasi mereka. Juga mungkin bimbang semakin banyak ‘rekod gelap’ Syed Saddiq bakal dikeluarkan sepanjang siri kempen dan menjejaskan maruah Dap juga.

Kes pendakwaan sedang berjalan di mahkamah kerana penyelewangan wang parti adalah yang terkini.

Kisah skandal Syed melalui pendedahan foto oleh perempuan muda satu ketika dahulu juga sering dinaikkan kerana Syed tidak menjawab siapakah perempuan di kamar tidurnya. Gambar edit atau sebaliknya?

Janji beliau untuk membawa balik puluhan ribu rakyat Johor dengan menjadikan bapanya sebagai contoh yang bekerja di Singapura sekiranya pakatan harapan menang hanya bohong semata-mata. Selama 22 bulan Syed menjadi menteri, tiada sepatah kata keluar dari mulutnya tentang janji sebelum PRU14 tersebut.

Penemuan ratusan ribu duit tunai di dalam rumahnya dan di kediaman orang kanannya juga tidak terjawab. Menjadi seperti misteri.

Dana RM5juta yang Mahathir luluskan untuk pemuda PPBM, Syed gagal perincikan dan menjadi tandatanya sehingga ke hari ini.

Pegawai Kit Siang mungkin mula dapat membaca bahawa DAP sekarang bakal memikul biawak hidup di sepanjang pilihanraya negeri kelak.

Golongan muda dan pertama kali mengundi tidak mudah tertipu. Pengundi yang sudah terkena kencing Syed mungkin akan menghukum MUDA dan DAP serta siapa juga parti yang berkaitan dengan Pakatan Harapan.




No comments

Ads Place