Page Nav

HIDE

Post Meta

SHOW

Grid

GRID_STYLE

Post Snippets

FALSE

Hover Effects

TRUE

Pages

{fbt_classic_header}

Header Ad

Breaking News:

latest

Ads Place

#PRNJohor Medan Terbaik Pemimpin Buktikan ‘Demi UMNO’

Serangan bertali arus memperlekehkan UMNO BN berhubung isu ‘kluster mahkamah’ bukannya satu perkara yang boleh diambil ringan. Doktrin dan p...


Serangan bertali arus memperlekehkan UMNO BN berhubung isu ‘kluster mahkamah’ bukannya satu perkara yang boleh diambil ringan.

Doktrin dan persepsi ini ditanam seawal pendakwaan kes terhadap beberapa pemimpin utama UMNO. Kini ianya semakin kuat ‘berbunyi’ sebagai modal kempen politik murahan di pilihanraya negeri Johor.

Pemimpin UMNO dan BN tidak boleh memandang remeh tentang persepsi negatif yang cuba disebarkan di pilihanraya negeri Johor kerana ketika pilihanraya umum ke 14, kekalahan BN buat pertamakalinya adalah kerana isu-isu seperti 1MDB dan lain-lain. Hampir setiap saat parti lawan menggunakan isu-isu tersebut untuk merosakkan reputasi UMNO dan BN di mata pengundi dan akhirnya mereka berjaya.

Sehingga kini isu Dato Seri Najib, bekas perdana menteri dijadikan alat untuk berkempen. Ditambah pula dengan 47 kes pendakwaan terhadap presiden UMNO Dato Seri Zahid Hamidi baru sahaja bermula. Musuh UMNO dan BN sedang menggunakan kes yang baru berjalan ini untuk menyerang bagi merosakkan reputasi UMNO dan BN di Johor.

Sedikit sebanyak UMNO dan BN kena menerima hakikat bahawa akan ada pengundi yang bakal termakan hasutan berhubung isu integriti parti dan pemimpin utama UMNO dan BN.

Pilihanraya negeri Johor berbeza dengan dengan Melaka tempohari. Di Melaka parti lawan nampak tidak sepakat dan kurang bersedia terutama dengan norma baharu berkempen menarik pengundi. Di Johor, SOP sudah mulai berubah dan lebih kepada ceramah dan pertemuan secara bersemuka. Lebih mudah parti lawan mengatur jarum cucuk ke minda pengundi dengan pelbagai persepsi negatif terhadap UMNO dan BN.

Belum pun sempat hari penamaan calon, parti lawan sudah mula agresif melabelkan UMNO dan BN dengan gelaran ‘kluster mahkamah’.

UMNO dan BN perlu serius mengambil langkah bijak supaya pengundi tidak mudah terpedaya dan hilang keyakinan. Di saat UMNO dan BN sudah mula diterima rakyat melalui beberapa siri pilihanraya kecil dan pilihanraya negeri Melaka, langkah berani dan proaktif perlu diambil segera.

Menggunakan kedudukan Dato Seri Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri adalah langkah yang amat tepat. Menjadikan beliau sebagai ‘poster boy’ untuk pilihanraya negeri Johor boleh membuktikan kepada rakyat dan pengundi bahawa kepimpinan UMNO dan BN berjiwa besar malah melantik Ismail Sabri sebagai Pengerusi Barisan Nasional boleh mengubah landskap politik negara betapa UMNO dan Barisan Nasional adalah sebuah parti yang meletakkan pengharapan rakyat di tempat yang sepatutnya. Bagi rakyat, mereka mengimpikan sebuah kerajaan yang bersih dari segala skandal supaya negara boleh memperlihatkan imej yang baik di mata dunia juga.

UMNO dan BN adalah parti yang dinamik. Mempunyai perlembagaan yang cukup baik bagi dan adil kepada seluruh ahli di setiap lapisan. Apabila berhadapan dengan kes mahkamah, boleh berehat dan tumpukan kepada kes. Apabila menang, individu tersebut boleh kembali menyambung tugas.

Bagi menghadapi pilihanraya negeri Johor dan pilihanraya umum tidak lama lagi, UMNO dan BN wajar membuat keputusan demi survival parti.

Kalah di pilihanraya umum ke 14 tidak semestinya akan kalah di pilihanraya umum ke 15 kalau kena dengan caranya.

Zahid terkenal dengan individu berjiwa besar dan mampu bertindak meletakkan keutamaan UMNO dan BN mengatasi kepentingan diri.

Mulakan langkah di Johor untuk menang bergaya di PRU ke 15. Ahli dan rakyat sedang menunggu.

No comments

Ads Place