Page Nav

HIDE

Post Meta

SHOW

Grid

GRID_STYLE

Post Snippets

FALSE

Hover Effects

TRUE

Pages

{fbt_classic_header}

Header Ad

Breaking News:

latest

Ads Place

#PRNJohor: Mahathir Lancar ‘Bukan Kitab Suci’

Siapa tidak kenal Mahathir? Dua kali jadi perdana menteri dengan dua parti yang berlainan. Pertama kali bertahan selama  22 tahun atas tiket...


Siapa tidak kenal Mahathir? Dua kali jadi perdana menteri dengan dua parti yang berlainan.

Pertama kali bertahan selama  22 tahun atas tiket UMNO BN dan kali kedua hanya mampu bertahan selama 22 bulan dan masih menjadi misteri kenapa beliau meletakkan jawatan secara tiba-tiba.

Ada yang mendakwa kemungkinan kerana Mahathir tidak ingin melepaskan jawatannya kepada Anwar Ibrahim, rakan sekutunya di dalam Pakatan Harapan yang berjaya memenangi pilihanraya umum ke 14. Desakan luarbiasa Anwar dan kumpulannya menyebabkan Mahathir enggan menunaikan janjinya kepada Anwar.

Namun satu perkara yang menyebabkan rakyat marah dan terkilan adalah pengakuan Mahathir bahawa segala janji “percuma itu dan ini” sepanjang siri kempen PRU14. Mahathir mengaku secara terbuka bahawa kesemuanya janji kosong dan baginya manifesto bukan kitab suci.

Tol percuma di lebuhraya, hutang PTPTN dihapuskan, harga petrol diturunkan sehingga RM1.50 seliter dengan bersandarkan Malaysia adalah negara pengeluar minyak dan banyak lagi. Orang muda tertipu juga dengan janji rekaan Mahathir dan Pakatan Harapan.

Kini di pilihanraya negeri Johor, Mahathir sekali lagi melancarkan ‘kitab’ janji. Pelbagai ayat digarap untuk santapan mata pengundi agar percayakan beliau dan parti baharunya Pejuang yang turut bertanding di 42 kerusi Dun. 

Adakah Mahathir akan mengatakan manifestonya adalah kitab yang paling suci?

Kandungan utama di dalam buku janji rekaannya adalah mewujudkan ‘kerajaan kasih sayang’.

Kerajaan sayang rakyat atau sayang kroni?

No comments

Ads Place