Page Nav

HIDE

Post Meta

SHOW

Grid

GRID_STYLE

Post Snippets

FALSE

Hover Effects

TRUE

Pages

{fbt_classic_header}

Header Ad

Breaking News:

latest

Ads Place

#PRNJohor: ‘Kluster PRU14’ Dengan Janji Yang Sama

Sedikit berbeza di Johor berbanding dengan pilihanraya negeri Melaka yang lalu. Pakatan Harapan mengambil pengajaran yang serius bahawa jika...


Sedikit berbeza di Johor berbanding dengan pilihanraya negeri Melaka yang lalu.

Pakatan Harapan mengambil pengajaran yang serius bahawa jika ingin melawan UMNO dan BN maka mereka perlu bersama. Tidak boleh lagi hanya mengharapkan PPBM, PAS, DAP dan PKR sahaja untuk bertarung dengan UMNO dan BN kerana akibatnya mereka kalah teruk di Melaka.

Di pilihanraya negeri Johor, semua sekali bergabung dan mula membuat mengisytiharan bahawa ‘ahli pakatan harapan’ ketika pilihanraya umum ke 14 akan menentang UMNO dan BN.

Mahathir melalui anaknya Mukhriz telah membuat kenyataan bahawa akan bertanding di kesemua DUN di Johor atas tiket parti baharu mereka Pejuang. DAP dan PAN telah mengesahkan mereka akan menggunakan logo pakatan harapan. Keduanya bersetuju menyerahkan 6 kerusi kubu kuat mereka kepada parti MUDA kepunyaan Syed Saddiq yang juga bekas anak didik Mahathir ketika bersama di dalam parti PPBM. 

MUDA parti baharu yang diketuai Syed Saddiq dilihat menjadi anak emas DAP. Khabarnya mereka bakal menyokong siapa sahaja calon menteri besar yang ditunjukkan oleh DAP?

PAS dan PPBM akan menggunakan logo perikatan nasional tanpa menjelaskan kedudukan parti Gerakan. 

Kalau dilihat sekali imbas, kesemua mereka yang berada samada di dalam pakatan harapan dan perikatan nasional, mereka adalah dari kluster yang sama, kluster ‘musuh politik’ UMNO BN di pilihanraya umum, negeri atau pilihanraya kecil.

Yang membezakan kluster ini adalah kepimpinan. DAP memimpin Pakatan Harapan termasuk PKR dan MUDA. Muhyiddin mengetuai Perikatan Nasional dan Pejuang diperlihatkan kononnya bersendirian tetapi kesemua mereka membawa naratif halatuju yang sama iaitu mengalahkan UMNO dan BN, bukannya ‘go solo’.

Kluster bekas pakatan harapan ini bakal bergabung jumlah kerusi apabila ingin membentuk kerajaan negeri. Anda akan lihat siapa bakal mempunyai banyak kerusi maka akan menjadi ketua negeri. Bagi mereka, rakyat nombor dua, perkara utama dan nombor wahid adalah tumbangkan UMNO BN.

Paling lucu, janji di pilhanraya negeri Johor sudah berbunyi dan intipatinya hampir sama dengan manifesto pilihanraya umum.



Rakyat Johor sudah lupa?

No comments

Ads Place