Tempoh sepenggal samada 5 tahun atau kurang merupakan masa yang perlu dilalui oleh rakyat setelah kerajaan baharu dibentuk melalui proses pi...
Tempoh sepenggal samada 5 tahun atau kurang merupakan masa yang perlu dilalui oleh rakyat setelah kerajaan baharu dibentuk melalui proses pilihanraya. Samada pilihanraya umum atau pun pilihanraya negeri.
Sepanjang tempoh tersebut, rakyat telah membuat keputusan dan menyerahkan untung nasib kepada kerajaan yang berjaya memenangi proses pilihanraya.
Rakyat diberikan mandat memilih siapa yang mereka ingin menjadi kerajaan dan bagaimana corak pentadbiran kerajaan selepas itu bukan lagi menjadi kuasa rakyat untuk menentukan halatuju kerajaan memerintah.
Pilihanraya umum ke 14 banyak memberi kesedaran kepada rakyat apabila silap memilih kerajaan. Sepanjang 22 bulan kerajaan pakatan harapan memerintah negara apabila mereka menang pilihanraya umun ke 14. Umum mengetahui pakatan harapan memang kerana faktor janjinya yang ‘luarbiasa hancingnya’.
Segala janji pakatan harapan kepada rakyat ketika berkempen hampir percuma termasuk tol lebuhraya dan hutang ptptn dihapuskan. Harga petrol juga dijanjikan harga RM1.50 per liter dan banyak lagi janji-janji hancing yang lain.
Melalui strategi berani menipu pengundi tersebut maka runtuhlah kerajaan Barisan Nasional yang selama ini berkhidmat kepada rakyat mengikut acuan kemampuan yang tidak retorik.
Bayangkan sebaik sahaja pakatan harapan menang, kerajaan di bawah pimpinan DAP yang meletakkan Mahathir sebagai boneka membuat pengakuan terbuka bahawa kesemua yang tertulis di manifesto mereka bukannya datang dari kitab suci. Dengan kata lain, tidak perlu ditunaikan.
Di pilihanraya negeri Melaka dan Sarawak, pakatan harapan dan yang seumpamanya ditolak oleh rakyat di kedua negeri tersebut sebagai hukuman kerana melakukan penipuan secara terang-terangan di PRU15. Malah pakatan harapan turut ditolak di beberapa pilihanraya kecil sebelum itu.
Adakah kali ini di Johor pakatan harapan akan diberi peluang sekali lagi? Sanggupkah rakyat Johor pertaruhkan nasib anak dan isteri selama 5 tahun kepada pakatan harapan dan parti yang pernah bersama mereka selain Barisan Nasional?
No comments