Seperti yang dijangka, DAP memimpin Pakatan Harapan sejak dari awal penubuhan gabungan parti politik anti Barisan Nasional. Malah ketika pen...
Seperti yang dijangka, DAP memimpin Pakatan Harapan sejak dari awal penubuhan gabungan parti politik anti Barisan Nasional. Malah ketika penubuhan pakatan rakyat, DAP juga adalah tunjang utama bagi penubuhan gabungan tersebut.
Segala perancangan dan halatuju gabungan itu kesemuanya dibuat oleh DAP, parti lain hanya perlu angguk sahaja. Malah menurut sumber, DAP juga memainkan peranan dari segi sumbangan kewangan untuk perjalanan kempen menyerang UMNO dan BN.
Di pilihanraya negeri Melaka, DAP dikatakan telah memulakan jarum halusnya memujuk kesemua parti politik yang anti UMNO dan BN supaya bergabung untuk membentuk kerajaan negeri sekiranya mereka menang pilihanraya tersebut.
Walaupun keputusan pilihanraya negeri Melaka tidak memihak kepada pakatan harapan dan perikatan nasional namun usaha DAP untuk menggabungkan kesemua parti yang melawan UMNO dan BN sudah nampak kejayaannya.
Akhirnya di pilihanraya negeri Johor, DAP dikatakan sudah duduk bersama hampir kesemua parti yang membuat keputusan untuk berlawan dengan UMNO dan Barisan Nasional.
Menurut sumber, pertemuan DAP dengan parti-parti yang berkenaan dikatakan dibuat di Publika KL.
Foto hiasan
No comments