Page Nav

HIDE

Post Meta

SHOW

Grid

GRID_STYLE

Post Snippets

FALSE

Hover Effects

TRUE

Pages

{fbt_classic_header}

Header Ad

Breaking News:

latest

Ads Place

#PRNJohor: DAP Memimpin Pakatan Harapan

Sumber dari bilik gerakan mendakwa hubungan antara PKR, Dap dan PAN sudah mula keruh sejak selepas pilihanraya negeri Melaka dan Sarawak. Ke...


Sumber dari bilik gerakan mendakwa hubungan antara PKR, Dap dan PAN sudah mula keruh sejak selepas pilihanraya negeri Melaka dan Sarawak.

Kekalahan teruk mereka di kedua pilihanraya negeri tersebut menyebabkan ada suara sumbang menyerang kredibiliti Anwar Ibrahim sebagai Pengerusi Pakatan Harapan.

Terkini, DAP dan PAN tidak berbincang langsung dengan PKR tentang pembahagian kerusi di pilihanraya negeri Johor. Penyerarahan 6 kerusi DAP dan PAN kepada MUDA berlaku tanpa rundingan dengan Anwar sehinggakan PKR dilihat terpaksa menyerahkan kepada MUDA sebanyak 3 kerusi tradisi mereka.

PAN semenangnya tidak akan engkar arahan DAP selama ini. Kerusi milik PAN yang asalnya diambil dari PKR di DUN Puteri Wangsa turut diberikan kepada MUDA pimpinan Syed Saddiq.

Menurut sumber lagi, selama penubuhan Pakatan Harapan, sememangnya DAP yang mengawal dan membuat setiap keputusan penting. Mahathir walaupun sebagai perdana menteri ketika mereka menang di PRU ke 14 tetapi yang mengawal Mahathir adalah DAP.

Keputusan PKR menggunakan logo sendiri dan menolak untuk menggunakan logo Pakatan Harapan juga isyarat jelas, Anwar tidak ingin mengikut langkah Mahathir tunduk kepada DAP.

Apa lagi DAP dilihat begitu berselera menjada MUDA dan tidak menunjukkan kebergantungan kepada PKR.

Terbaharu, DAP dikatakan bersetuju ‘mendidik’ Syed Saddiq sebagai perdana menteri mereka.

No comments

Ads Place