Page Nav

HIDE

Post Meta

SHOW

Grid

GRID_STYLE

Post Snippets

FALSE

Hover Effects

TRUE

Pages

{fbt_classic_header}

Header Ad

Breaking News:

latest

Ads Place

#prnJohor: DAP Memimpin Gabungan Anti UMNO-BN

Nampaknya yang begitu ‘baik’ menyerahkan kerusi mereka kepada sebuah parti baharu lulus pendaftarannya adalah DAP dan Amanah atau PAN. Umumn...


Nampaknya yang begitu ‘baik’ menyerahkan kerusi mereka kepada sebuah parti baharu lulus pendaftarannya adalah DAP dan Amanah atau PAN.

Umumnya semua orang tahu betapa liciknya DAP. Apa yang boleh membawa keuntungan kepada mereka maka sedikit pengorbanan tidak membawa apa makna kerana habuannya kelak amat besar dan berbaloi.

Untuk pecahkan PAS, maka DAP yang merangka penubuhan parti Amanah dengan Mat Sabu diletakkan sebagai ayam sabung yang boleh dicucuk hidung.

Ada sumber mengatakan, penubuhan PPBM juga adalah atas usaha jarum halus DAP supaya UMNO dan BN lemah.

Kini DAP melihat ada peluang besar bakal mereka perolehi melalui Syed Saddiq dan partinya MUDA. Kononnya bakal menarik seramai mungkin golongan muda untuk menyokong idealogi politik mereka. Belum pun berusia 6 bulan, sudah diperlihatkan oleh DAP bahawa MUDA adalah rakan strategik mereka yang baharu dan bakal membawa keuntungan besar kepada DAP.

DAP pernah buktikan, jawatan nombor satu negara tidak penting asalkan mereka boleh memulas telinga proksi atau barua mereka. Terbukti selepas menang pilihanraya umum ke 14 melalui gabungan Pakatan Harapan, DAP yang memimpin gabungan ini tidak hairan dengan Mahathir sebagai Perdana Menteri kerana mereka sebenarnya mengawal segala keputusan yang Mahathir buat.

Untuk menampakkan kelainan kali ini di Johor, DAP seolah menghantar isyarat jelas bahawa sekiranya Pakatan Harapan menang maka wakil MUDA bakal menduduki kerusi Menteri Besar Johor.

Sebelum kerajaan Johor bertukar tangan kepada Barisan Nasional pun, menteri besar terdahulu adalah boneka atau barua Dap juga kata sumber.

DAP pertaruhkan MUDA sebagai lembu tunggangan mereka. Parti PAN atau Amanah tidak akan membantah segala perancangan DAP kerana mereka sudah lama menjadi barua DAP.

Di pilihanraya negeri Johor, seluruh parti yang anti UMNO dan BN berganding tenaga sekali lagi cuma mereka mengubah strategi. DAP dan PAN akan bertanding menggunakan logo pakatan harapan. MUDA, PKR dan Pejuang bertanding dengan logo parti masing-masing. PAS dan PPBM akan menggunakan logo Perikatan Nasional.

Sebenarnya gabungan baharu ini adalah kelahiran semula Pakatan Harapan. Rakyat Johor kalau tersilap memilih sekali lagi maka tunggulah nasib yang sama bakal dilalui seperti selepas pilihanraya umum ke 14.

No comments

Ads Place