Page Nav

HIDE

Post Meta

SHOW

Grid

GRID_STYLE

Post Snippets

FALSE

Hover Effects

TRUE

Pages

{fbt_classic_header}

Header Ad

Breaking News:

latest

Ads Place

#PRNJohor: Cari Dana Atau ‘Cuci Duit’

Dulu ada parti politik mencari dana untuk pilihanraya dengan membuat ceramah keliling kampung dan sewaktu ceramah, ‘tin milo’ beredar di kal...


Dulu ada parti politik mencari dana untuk pilihanraya dengan membuat ceramah keliling kampung dan sewaktu ceramah, ‘tin milo’ beredar di kalangan hadirin meminta sumbangan wang ringgit.

Pernah kecoh isu ‘tin milo’ ini kerana ianya tidak diaudit. Tidak pernah didedahkan jumlah kutipan dan kemana sebenarnya wang sumbangan hadirin tersebut dibelanjakan.

Apabila kecoh maka pihak penganjur mula mengumumkan berapa jumlah kutipan, itu pun memakan masa bertahun-tahun diambil hanya untuk membuat keputusan mengistiharkan jumlah kutipan pada ceramah tersebut.

Namun isu berkenaan tidak terhenti setakat itu. Kecoh pula mengenai pembahagian wang yang diperolehi. Maka sekali lagi pihak penganjur mula mendedahkan bagaimana wang tersebut diagihkan. Ada sumber mengatakan pihak tuan rumah yang menyediakan tapak ceramah, petugas yang mengawal selia dan penceramah adalah pihak yang ‘wajib’ mendapat habuan dari wang derma itu. Selebihnya barulah pergi kepada tabung terakhir iaitu kantung parti. Dengan kata lain sedikit sahaja parti mendapat manfaat.

Kata sumber, ketika itu ramailah berlumba untuk menjadi penceramah di pentas ‘tin milo’ kerana ianya seperti menjadi sumber pendapatan lumayan yang tetap kepada yang terlibat. Hinggakan kepada yang menjaga tempat letak kenderaan juga menerima habuan yang lumayan.

Zaman berubah dan cara pun nampak semakin ‘tidak menipu’ orang kampung. Menggunakan jamuan makan malam dan derma langsung melalui akaun bank terus kepada sektariat kutipan sumbangan.

Persoalan sama tetap timbul. Bagaimana audit kepada setiap ringgit yang diberikan? Siapa penerima? Adakah kesemuanya untuk parti atau ada pihak lain yang turut mendapat manfaat lumayan?

Sewa hotel atau dewan makan, petugas dan juga penceramah turut mendapat habuan? Bagaimana pula dengan pendana wang bertaraf ‘jutawan’? Apakah sumbangan mereka tidak mencukupi dan perlu ditambah ke jumlah yang paling maksima?

Foto hiasan

Tidak hairanlah ada yang ‘terkantoi’ mengaku menerima sumbangan yang banyak dari beberapa tokoh konglomerat tiba-tiba turut melancarkan juga kutipan dana pilihanraya secara tergesa-gesa. Kenapa terjadi sedemikian? Adakah masih belum cukup atau sudah timbul tamak haloba melihat wang mengalir masuk dengan mudah atas nama ingin membela rakyat?

Antara cara mudah untuk hidup senang ialah dengan ‘mencuri’ wang dana politik dan ‘mendobinya’ supaya nampak tidak melakukan jenayah.

Hati-hati dengan pujuk rayu sebegini. Ketika rakyat susah mereka tidak berbuat apa-apa. Di mana mereka?

No comments

Ads Place