Di pilihanraya negeri Melaka, parti yang bertanding terpaksa mengikut SOP berkempen yang ditetapkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysi...
Di pilihanraya negeri Melaka, parti yang bertanding terpaksa mengikut SOP berkempen yang ditetapkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.
Selain kewajipan memakai pelitup muka dan penjarakan sosial, juru kempen parti tidak dibenarkan sama sekali bertemu dengan pengundi secara bersemuka termasuk menghantar bahan cetak ke rumah pengundi.
Kempen hanya dibenarkan melalui media sosial dan menggunakan pembesar suara melalui kenderaan yang bergerak.
Calon dibenarkan ‘diarak’ dengan menggunakan kenderaan dan papan digital untuk promosi kempen juga dibenarkan di bawa bersama di atas kenderaaan tersebut.
Ini membuatkan juru ceramah tidak lagi boleh beraksi seperti biasa di pentas ceramah.
Di Johor kali ini dibenarkan berceramah tetapi hanya menggunakan bilik gerakan sahaja dan tidak boleh di tempat terbuka yang lain. ‘Walk-about’ dibenarkan namun kekal dengan SOP rutin wajib, berpelitup muka dan penjarakan sosial.
Menariknya, umpama terlepas dari kandang, penceramah yang terdiri daripada pemimpin utama parti dilihat sedang melepaskan gian masing-masing apabila berhadapan dengan mikrofon.
Ada yang terjerit-jerit di pentas ceramah walaupun mereka tahu yang hadir di depan mata mereka adalah penyokong tegar yang dikerahkan untuk penuhi ruang khemah yang disediakan. Kalau kurang kehadiran maka bakal membawa persepsi negatif kepada parti.
Ada yang berkali-kali melontorkan kenyataan yang tidak masuk akal. Berbohong untuk dapatkan gelak hilai hadirin. Malah ada yang berbaur rasis terutama dari parti anti UMNO dan BN.
Masih ada yang menggunakan hujah kononnya dalil dari hadis dan quran semata-mata untuk mendapat tepukan dari yang hadir. Tiada ‘wow faktor’ yang meyakinkan walaupun dari parti yang baharu sahaja lulus pendaftarannya. Memesongkan fakta kononnya merekalah parti yang sentiasa cakna rakyat.
Kepada pengundi Johor. Pilihlah parti yang bercakap dan tunaikan apa yang dijanjikan. “Walk the talk” dan bukannya menjual pembohongan seperti yang berlaku di pilihanraya umum ke 14.
Johor perlukan kerajaan yang stabil supaya segala perancangan yang diatur untuk rakyat dapat dilaksana mengikut jadual.
Sepanjang siri jelajah pelancaran jentera hanya Barisan Nasional yang bercakap tentang ekonomi negeri dan rakyat bagaimana supaya kembali ke landasan asal.
No comments