Page Nav

HIDE

Post Meta

SHOW

Grid

GRID_STYLE

Post Snippets

FALSE

Hover Effects

TRUE

Pages

{fbt_classic_header}

Header Ad

Breaking News:

latest

Ads Place

#PRNJohor: Berapa Banyak Dana DAP?

Pada PRUke 14 yang lalu, DAP berjaya menggunakan PAN sebagai alat untuk menambah kuasa mereka di Johor. DAP berjaya mencipta persepsi ‘PAN g...


Pada PRUke 14 yang lalu, DAP berjaya menggunakan PAN sebagai alat untuk menambah kuasa mereka di Johor. DAP berjaya mencipta persepsi ‘PAN ganti PAS’.

DAP bijak menggunakan peluang. Apa sahaja yang boleh membawa keuntungan kepada kuasa maka DAP tidak akan lepaskan begitu sahaja.

Bermula dengan PKR, kemudian berjaya mempengaruhi PAS sebelum PAS mengambil keputusan meninggalkan pakatan rakyat. PAN adalah parti Mat Sabu dan rakan-rakan asalnya dari PAS yang kalah di dalam pemilihan kepimpinan PAS pusat. Kecewa dengan kekalahan, mereka menubuhkan PAN dan menurut sumber, idea penubuhan PAN adalah hasil hasutan DAP?

Jelas sumber, DAP dikatakan membuat ‘pelaburan’ yang amat berbaloi melalui penubuhan PAN. Mat Sabu dikatakan menerima imbuhan elaun dari anak syarikat milik kerajaan Pulau Pinang dengan jumlah yang menyamai elaun wakil rakyat?

Berbaloinya PAN parti yang setahun jagung mampu memenangi beberapa kerusi di PRU ke 14 terutamanya di Johor. PAS menggigit jari kerana tidak mampu menyerlah seperti PAN di Johor.

Kini sekali lagi DAP dilihat ‘menaja’ MUDA. Parti ciptaan Syed Saddiq yang semata-mata untuk mengaburi pengundi golongan muda. Dicipta untuk menyelamatkan karier politik Syed yang dilihat semakin hambar sejak Mahathir dan PPBM tidak lagi berminat untuk menggunakan beliau. Namun tidak bagi DAP. Bagi DAP mereka menaruh keyakinan kepada MUDA bukan setakat untuk mempengaruhi undi orang muda tetapi undi Melayu atas pagar.

Untuk menyertai mana-mana pilihanraya termasuk pilihanraya negeri, sesebuah parti politik perlu banyak menggunakan modal sebagai perbelanjaan. Dari mana MUDA mendapat dana pilihanraya berjuta ringgit untuk menyertai pilihanraya negeri?

Pilihanraya umum ke 14, pengundi Johor tertipu dengan janji manis Pakatan Harapan dan sekali lagi bakal ditipu oleh kepimpinan yang sama. Individu yang sama membuat janji ketika PRU14 bakal berjanji sekali lagi di pilihanraya negeri Johor.

Bolehkah rakyat Johor dikencing dua kali?

1 comment

Ads Place