Semalam timbul tanda tanya kepada seluruh ahli dan penyokong MUDA di Johor malah di seluruh negara. Kenapa Syed Saddiq menjadi pencadang kep...
Semalam timbul tanda tanya kepada seluruh ahli dan penyokong MUDA di Johor malah di seluruh negara.
Kenapa Syed Saddiq menjadi pencadang kepada calon DAP, Liew Chin Tong sedangkan MUDA meletakkan 7 calonnya bertanding termasuk melawan PKR di Larkin?
Syed dikatakan memilih untuk menjadi pencadang kepada calon DUN N46 berbanding dengan calon dari parti sendiri. Sedangkan MUDA buat julung kalinya bertanding di pilihanraya.
Sebagai sebuah parti yang baharu diluluskan pendaftarannya, kenapa Syed seperti kerbau yang dicucuk hidung menyibukkan diri dengan parti DAP?
Adakah Syed terpaksa melakukannya kerana itu antara syarat untuk mendapat wang poket dan dana untuk partinya dari DAP atau DAP ingin tunjukkan kepada rakyat Johor bahawa selepas parti Amanah atau PAN maka lembu baharu mereka adalah MUDA?
Sehari sebelum penamaan calon, ramai ahli MUDA telah bertindak keluar parti, mungkin mereka telah menghidu lebih awal bahawa Syed berbohong kepada ahli bukan sahaja kerana isu menjadi budak suruhan kepada taikun-taikun perniagaan seperti Tan Sri Kalimullah malah kecewa Syed sanggup menjadi barua DAP.
Malah keputusan MUDA sanggup bertanding di DUN yang mana PKR meletakkan calonnya juga jelas terbukti siapa Syed sebenarnya.
Bangsa Johor jangan mudah menjadi mangsa penipuan parti yang berjuang untuk poket pemimpin dan bukannya untuk rakyat.
No comments