Page Nav

HIDE

Post Meta

SHOW

Grid

GRID_STYLE

Post Snippets

FALSE

Hover Effects

TRUE

Pages

{fbt_classic_header}

Header Ad

Breaking News:

latest

Ads Place

Perdana Menteri Selepas PRU15: UMNO Lebih Awal Namakan Ismail Sabri

Bagaimana Wan Saiful yang dikatakan bertanggungjawab mencipta manifesto pakatan harapan pada pilihanraya umum ke 14 tidak tahu bahawa UMNO h...


Bagaimana Wan Saiful yang dikatakan bertanggungjawab mencipta manifesto pakatan harapan pada pilihanraya umum ke 14 tidak tahu bahawa UMNO hanya mencalonkan satu nama sahaja, Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri selepas PRU ke 15.

Mungkin satu kesilapan besar bagi PPBM terus mengekalkan Wan Saiful sebagai ketua penerangan parti mereka sedangkan beliau adalah punca segala manifesto yang beliau reka tidak mampu ditunaikan kerana beliau bukannya datang dari kilang politik tetapi ramai mengatakan beliau adalah kluster ‘opportunist’, mengambil kesempatan untuk kemewahan hidup melalui galur politik.

Siapa beliau di dalam koridor politik negara sebelum ini? Golongan paling teraniaya tertipu dengan janji politik Wan Saiful adalah mahasiswa/siswi. Ditipu hidup-hidup kononnya hutang PTPTN bakal terhapus sekiranya pakatan harapan menang PRU ke 14. 

Beliau juga kalah teruk di Pendang ketika menjadi calon PPBM di pilihanraya umum ke 14.

Keputusan mesyuarat biro politik Majlis Kerja Tertinggi UMNO telah bersetuju menamakan Dato Seri Ismail Sabri sebagai calon tunggal bagi jawatan Perdana Menteri selepas PRU ke 15 dan juga ‘Poster Boy’ bagi sepanjang siri kempen pilihanraya umum tersebut.

Ianya telah diketahui umum dan mendapat sokongan sebulat suara dari pengerusi-pengerusi badan Perhubungan UMNO Negeri.

Cabaran keanakan Wan Saiful membuktikan beliau adalah bencana kepada PPBM, sebagai ketua penerangan parti, beliau kena matang dan bukannya berbohong dan bodoh setiap kali membuka bicara di pentas politik.

Apakah Wan Saiful begitu naif sehingga menggunakan cara provokasi murah ini terhadap UMNO? UMNO jauh lebih matang dari pemikiran sinis Wan Saiful. Jika inilah tahap pemikiran dan strategi PPBM melalui Wan Saiful maka UMNO berada dalam landasan betul untuk tidak bersama parti yang ada di dalamnya manusia-manusia jahat dan tidak berakal.

No comments

Ads Place