Page Nav

HIDE

Post Meta

SHOW

Grid

GRID_STYLE

Post Snippets

FALSE

Hover Effects

TRUE

Pages

{fbt_classic_header}

Header Ad

Breaking News:

latest

Ads Place

Penggunaan Bahasa Melayu Di Luar Negara: Ismail Sabri PM Pertama Berani Lakukan Pembaharuan

Bukan senang untuk mengubah sesuatu perkara yang sudah menjadi rutin lumrah bagi pemimpin utama negara kita apabila berada di acara rasmi di...


Bukan senang untuk mengubah sesuatu perkara yang sudah menjadi rutin lumrah bagi pemimpin utama negara kita apabila berada di acara rasmi di negara luar.

Penggunaan bahasa pengantara untuk berkomunikasi antara sesama pemimpin turut menjadi agenda. Apakah bahasa yang akan digunakan dan siapakah staf penterjemah perlu di bawa sekiranya perlu.

Lumrahnya, bahasa inggeris yang menjadi keutamaan atau pilihan kerana kebanyakan negara luar mereka mampu berkomunikasi di dalam bahasa tersebut walaupun inggeris bukanlah bahasa ibunda mereka. Namun ada sebilangan negara yang dilihat tidak menganggap bahasa inggeris sebagai ‘bahasa rasmi komunikasi antarabangsa’ dan mereka menggunakan bahasa ibunda mereka di dalam pertemuan rasmi dua hala atau sebagainya.

Jepun, China, Rusia, Indonesia dan banyak lagi negara kekal menggunakan lidah ibunda sebagai bahasa perantara ketika acara lawatan rasmi di negara lain atau ketika menerima tetamu dari negara luar. Malah negara-negara Timur Tengah juga kekal dengan penggunaan bahasa Arab mereka. Masing-masing ada pakar penterjemah maka tidak perlu risau akan pemahaman di dalam urusan rasmi antara negara.

YAB Dato Seri Ismail Sabri melakar sejarah sebagai Perdana Menteri pertama negara setelah 60 tahun lebih merdeka yang berani dan berbangga menggunakan Bahasa Melayu sebagai wadah komunikasi ketika lawatan sulung beliau ke Kemboja dan Thailand beberapa hari lepas.

Langkah Perdana Menteri memartarbatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi ketika lawatan tersebut mendapat pujian Dewan Bahasa dan Pustaka.

Menurut Pengerusi Lembaga Pengelola DBP, Prof. Datuk Seri Dr. Awang Sariyan, langkah tersebut amat dialu-alukan dan dihargai oleh para pejuang serta pencinta bahasa berkenaan.

“Pernyataan pemimpin negara di Thailand semalam bahkan membuka lembaran baharu untuk mengangkat semula bahasa Melayu sebagai bahasa perhubungan antarabangsa,” katanya.

Awang yang juga Pengarah Institut Alam dan Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia berkata, bahasa Melayu dari sudut sejarah memang bahasa diplomasi.

CUEPACS turut menyambut baik langkah berani Ismail Sabri itu. Rakyat perlu berbangga dengan tindakan yang dianggap bijak Perdana Menteri dalam memartabatkan Bahasa Melayu di rantau ASEAN malah dunia.

Kebijaksanaan Perdana Menteri menyesuaikan penggunaan Bahasa Melayu dalam acara rasmi kerajaan semasa di luar negara  menggambarkan perjuangan terhadap Bangsa Melayu dan Bahasa Ibunda bukan sekadar slogan tetapi tindakan dan merealisasi apa yang beliau cuba perjuangkan.

Kementerian dan agensi-agensi kerajaan sewajarnya bertindak segera dengan menjadikan tindakan Perdana Menteri sebagai contoh apabila melakukan urusan rasmi. 

Bercakap tanpa tindakan bukanlah suatu yang boleh dibanggakan tetapi bertindak seperti apa yang diucapkan adalah contoh terbaik bagi pemimpin utama negara.

Rakyat juga akan turut berbangga. Bahasa ibunda kini menjadi bahasa komunikasi penting di dalam semua urusan baik di dalam dan juga di luar negara.

YAB Perdana Menteri berbangga menggunakan bahasa ibunda di pentas dunia. Sudah sampai masanya kita juga turut berbangga kerana dianugerahkan seorang Perdana Menteri yang membawa perubahan besar kepada perjuangan bangsa yang tidak pernah mampu dilaksanakan oleh mana-mana Perdana Menteri sebelum ini.

Kita rakyat harus merasa bangga dan bersama memartabatkan perjuangan yang telah dimulakan oleh Perdana Menteri kita. Ayuh kita bersama Perdana Menteri dalam perjuangan bangsa dan bahasa  ini.

No comments

Ads Place