Page Nav

HIDE

Post Meta

SHOW

Grid

GRID_STYLE

Post Snippets

FALSE

Hover Effects

TRUE

Pages

{fbt_classic_header}

Header Ad

Breaking News:

latest

Ads Place

Pengerusi BN: Sekarang Masa Terbaik Zahid Bertindak

Jawatan Perdana Menteri adalah antara faktor utama wujudnya aura yang positif kepada rakyat apabila mereka boleh melihat dan menilai sejauh ...


Jawatan Perdana Menteri adalah antara faktor utama wujudnya aura yang positif kepada rakyat apabila mereka boleh melihat dan menilai sejauh mana seseorang Perdana Menteri berjaya mengurus tadbir negara apabila diberikan amanah memimpin.

Menurut penganalisis politik dan pemerhati politik tempatan, masa 100 hari (walaupun ianya bukan indikator) memimpin negara adalah masa yang begitu kritikal kerana masa inilah rakyat akan membuat perbandingan keupayaan menggalas tugas dengan perdana menteri yang sebelumnya.

Dato Seri Ismail Sabri juga tidak terkecuali. Walaupun beliau mengambil alih tugas perdana menteri berikutan pengunduran Munyiddin dari jawatan tersebut akibat krisis hilang kepercayaan kepimpinan dari majoriti ahli parlimen, Ismail Sabri diberi kepujian oleh rakyat dan juga pemimpin parti lawan kerana berjaya memimpin negara dengan pelbagai langkah drastik membawa Malaysia keluar dari kemelut virus covid19 yang menjadi isu global serta melaksanakan rangka strategik mengeluarkan rakyat yang terkesan dengan pandemik tersebut.

Bukannya mudah plan ‘exit’ ini kerana hampir seluruh dunia terkesan dengan masalah yang sama. Ekonomi hampir kaku dan sekiranya tidak ditangani dengan betul dan segera maka negara boleh muflis, rakyat mungkin papa kedana. Namun Ismail Sabri berjaya menguruskan negara dalam situasi pandemik ini.

Di dalam masa yang sama, menurut pengalisis politik lagi, nama UMNO BN mula berjaya menarik keyakinan rakyat kembali. UMNO dan BN tercalar teruk imejnya apabila kalah di pilihanraya umum ke 14. 

Apabila tidak lagi menjadi ketua kerajaan, nasib UMNO BN umpama nyawa-nyawa ikan dan bila-bila masa boleh berkubur. Bertambah parah apabila kepimpinan utama UMNO BN diseret ke mahkamah dengan pelbagai tuduhan termasuk presiden UMNO yang juga pengerusi BN, bekas perdana menteri Najib Razak dan beberapa pemimpin yang lain. Ketika ini UMNO dan BN bagaikan telor di hujung tanduk.

Namun perancangan Allah sukar di tafsir dengan akal manusia. Mahathir meletakkan jawatan, kerajaan pakatan harapan runtuh dan bermula era Muhyiddin sebagai perdana menteri, Ismail Sabri dilantik menjadi menteri kanan pertahan negara. UMNO dan BN mula mendapat bantuan talian hayat yang baharu. Bernafas semula.

Kini, Ismail Sabri menjadi Perdana Menteri ke 9. Maruah UMNO BN mula kembali semula. Tidak boleh dinafikan bahawa jawatan pemimpin utama negara banyak memberi impak positif kepada UMNO dan BN.

Terbukti di beberapa pilihanraya kecil dan terbaharu di pilihanraya negeri Melaka. Momentum sokongan rakyat bagaikan ledakan gunung berapi dan antara faktor penyumbangnya adalah gaya kepimpinan wakil UMNO dan BN sebagai Perdana Menteri. 

Bahkan keputusan mesyuarat biro politik majlis kerja tertinggi UMNO dan pengerusi-pengerusi badan perhubungan negeri bersetuju menamakan Ismail Sabri sebagai perdana menteri selepas PRU ke 15 dan dijadikan ‘Poster Boy’ untuk pilihanraya umum tersebut.

Ini sebagai isyarat jelas betapa Dato Seri Ismail Sabri melepasi garis keyakinan kepimpinan tertinggi UMNO BN, ahli UMNO di pelbagai peringkat dan juga berjaya memulihkan keyakinan rakyat terhadap UMNO dan BN.

Di Johor, Inilah masa yang amat sesuai bagi Zahid untuk meneruskan momentum sokongan rakyat terhadap UMNO dan BN dengan menyerahkan jawatan Pengerusi BN kepada Perdana Menteri.

Tambah penganalisis politik, kedudukan Zahid sebagai presiden UMNO tidak tergugat dengan penyerahan tugas tersebut malah Zahid bakal dilihat berjiwa besar dan seorang pemimpin yang strategis.

Johor adalah medan ujian UMNO dan BN untuk menghadapi PRU ke 15

No comments

Ads Place