Mahathir belum pun sampai seminggu keluar dari Institut Jantung Negara terus menyerang Dato Seri Najib Tun Razak. Dalam entri pertama tahun ...
Mahathir belum pun sampai seminggu keluar dari Institut Jantung Negara terus menyerang Dato Seri Najib Tun Razak.
Dalam entri pertama tahun 2022, tiada pandangan mengenai bagaimana kaedah ingin negara kembali menjadi Harimau Asia di dalam sektor ekonomi, tiada cadangan bagaimana kerajaan boleh mengatasi harga barangan keperluan yang makin menaik bagaikan tiada kesudahan dan apa idea bernas untuk meletakkan negara di landasan yang sewajarnya.
Tetapi Mahathir memilih ‘Najib’ sebagai objek utama di dalam akal warasnya setelah melalui detik sukar di IJN.
Rakyat tahu apabila berbicara berlebihan di dalam kes Najib akan mengundang tindakan ‘menghina mahkamah’ dan kesempatan inilah yang Mahathir guna untuk terus menerus menyerang Najib. Cuma Mahathir lupa, rakyat tahu duduk perkara sebenar.
Ramai yang mengecam Mahathir kerana di penghujung usia beliau dilihat masih belum sedar. Apa yang beliau lakukan hanyalah ingin supaya rakyat membenci Najib. Pelik, yang dituduh pencuri disayangi rakyat tetapi yang setiap saat berkumat kamit melabelkan orang lain pencuri pula semakin dibenci.
Mungkin ini sahaja cara Mahathir untuk berkempen sempenan parti baharunya turut masuk bertanding di pilihanraya negeri Johor.
Kebanyakan orang berkata, legasi Mahathir tidak akan mampu bernyawa setelah Mahathir tiada.
Mahathir mengejar waktu.
No comments