Pilihanraya umum ke 15 tidak lama lagi. Rekod keyakinan rakyat terhadap UMNO dan BN sudah mula menunjukkan ke arah lebih positif sejak Baris...
Pilihanraya umum ke 15 tidak lama lagi. Rekod keyakinan rakyat terhadap UMNO dan BN sudah mula menunjukkan ke arah lebih positif sejak Barisan Nasional menang bergaya di pilihanraya negeri Melaka.
Banyak faktor dan fakta yang membawa kepada kemenangan tersebut terutama apabila ‘kerajaan campuran’ di pusat ketika pilihanraya negeri tersebut dipimpin oleh wakil UMNO dan BN, Dato Seri Ismail Sabri.
Ismail Sabri menggantikan Muhyiddin Yassin yang hilang telah kehilangan sokongan majoriti ahli parlimen. Segala aspek telah diambil kira sebelum lantikan tersebut. Ismail walaupun hanya memegang jawatan Naib Presiden UMNO namun beliau telah dipilih dan dinamakan sendiri oleh presiden UMNO serta ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO. Malah cadangan tersebut dipersetujui oleh majoriti ahli parlimen.
Penilaian dan keputusan memilih Ismail Sabri juga mendapat perkenan Yang di Pertuan Agong. Satu keputusan dicapai demi untuk memastikan negara kembali stabil keadaan politiknya. Stabiliti ini penting bagi membawa keluar negara dari kemelut pandemik covid19 yang membawa kesan tidak baik kepada ekonomi Malaysia.
Bukan sahaja Presiden UMNO yang juga Pengerusi Barisan Nasional, Dato Seri Ahmad Zahid Hamidi berjiwa besar malah keseluruhan kepimpinan tertinggi UMNO dan BN juga bersifat sedemikian. Rakyat diutamakan dan didahulukan supaya negara mampu ditadbir dengan baik.
Tidak salah rupanya memilih Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri ke 9. Beliau adalah Perdana Menteri yang pertama berjaya menyatukan hampir kesemua pemimpin parti politik yang berlainan idealogi duduk semeja berunding dan menandatangani memorandum persefahaman politik demi kebersamaan memastikan agenda membangunkan negara tercapai.
Malah yang terbaharu apabila melalui mesyuarat biro politik ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO bersetuju menjadikan Ismail Sabri sebagai ‘Poster Boy’ bagi pilihanraya umum ke 15 dan bersetuju menamakan satu-satunya calon tunggal Perdana Menteri ke 10 sebaik saja memenangi pilihanraya umum tersebut.
Kedua agenda penting itu mendapat sokongan sebulat suara pengerusi-pengerusi badan perhubungan negeri. Ini isyarat yang amat jelas dan penting kepada keseluruhan ahli umno di seluruh negara.
Langkah berani yang dibuat oleh kepimpinan UMNO pusat ini wajar dipuji. Rakyat melihat UMNO ingin melakukan perubahan total. Imej UMNO sebagai parti lebih penting dari kepentingan individu.
Langkah terakhir sebelum pilihanraya umum ke 15 adalah menyerahkan jawatan Pengerusi Barisan Nasional kepada Perdana Menteri. Langkah ini wajar memandangkan ianya membawa banyak manfaat kepada UMNO dan BN itu sendiri. Sebagai Perdana Menteri, tugas sebagai Pengerusi BN akan menjadi lebih efisyen dan satu kelebihan kerana beliau mampu menyusun, mengkordinasi struktur komponen parti dan memandu Barisan Nasional bagi menghadapi pilihanraya umum kelak.
Jawatan Pengerusi Barisan Nasional adalah jawatan lantikan secara konsensus antara pemimpin parti komponen dan secara tradisinya Perdana Menteri yang memegang jawatan tersebut.
Seorang memimpin parti induk yang juga tulang belakang BN iaitu UMNO dan seorang lagi sebagai Perdana Menteri memimpin Barisan Nasional.
Kedua kepimpinan ini saling menguatkan antara satu dengan yang lain dan akhirnya yang bakal menerima manfaat besar adalah rakyat dan negara.
Musuh tidak akan berhenti menghasut agar sesama pemimpin UMNO dan BN tidak bermuafakat.
No comments