Page Nav

HIDE

Post Meta

SHOW

Grid

GRID_STYLE

Post Snippets

FALSE

Hover Effects

TRUE

Pages

{fbt_classic_header}

Header Ad

Breaking News:

latest

Ads Place

Ismail Sabri Sebagai PM: Sokongan PPBM Sahaja Tidak Cukup

Ketika negara melalui fasa politik yang tidak pernah dilalui selama ini. Belum pernah di dalam sejarah negara Malaysia, kerajaan berdiri di ...


Ketika negara melalui fasa politik yang tidak pernah dilalui selama ini. Belum pernah di dalam sejarah negara Malaysia, kerajaan berdiri di atas sokongan ahli parlimen sebanyak 2 kali di dalam penggal yang sama.

Selepas pilihanraya ke 14, Pakatan Harapan menang dan ianya terpahat dalam sejarah negara juga apabila buat pertama kalinya UMNO BN kalah teruk dan memalukan.

Selama 22 bulan Mahathir menjadi Perdana Menteri akhirnya beliau meletakkan jawatan. Jawatan tersebut diisi oleh Muhyiddin Yassin melalui persetujuan ahli parlimen.

Muhyiddin hanya mampu bertahan selama 17 bulan sahaja dan terpaksa meletakkan jawatan kerana hilang sokongan majoriti ahli parlimen.

Akhirnya melalui sokongan UMNO, PPBM, Pas, Gabungan Parti Sarawak dan lain-lain ahli parlimen, Dato Seri Ismail Sabri diangkat menjadi Perdana Menteri ke 9 menggantikan Muhyiddin Yassin.

Ketua Penerangan PPBM perlu berhenti mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan berhubung isu kononnya Ismail Sabri hanya mendapat sokongan PPBM sahaja dan bukannya UMNO untuk jawatan Perdana Menteri.

Cukupkah dengan sokongan PPBM sahaja untuk Ismail Sabri dilantik ke jawatan perdana menteri? Menjadi ketua penerangan perlu ada ‘wisdom’ dan kematangan berpolitik dan bukannya asyik ‘bermain politik kampungan’.

Ismail Sabri sedang berusaha memulihkan ekonomi negara dan rakyat dan beliau berjaya walaupun ada pihak yang cuba menggagalkan. Adakah ketua penerangan PPBM antara pihak yang ingin melihat rakyat dan negara terus sengsara?

No comments

Ads Place