Page Nav

HIDE

Post Meta

SHOW

Grid

GRID_STYLE

Post Snippets

FALSE

Hover Effects

TRUE

Pages

{fbt_classic_header}

Header Ad

Breaking News:

latest

Ads Place

Ismail Sabri ‘Poster Boy’: Zahid, Tok Mat Berjiwa Besar

Umum mengetahui selepas pilihanraya umum ke 14, nyawa UMNO dan BN bagaikan di hujung tanduk. Sesetengah pemerhati dan penganalis politik tem...


Umum mengetahui selepas pilihanraya umum ke 14, nyawa UMNO dan BN bagaikan di hujung tanduk. Sesetengah pemerhati dan penganalis politik tempatan berpendapat riwayat hidup UMNO BN sudah berada di penghujungnya.

Ada yang menyatakan bahawa UMNO BN bakal menerima nasib yang sama seperti parti GOLKAR yang berkuasa puluhan tahun di Indonesia dan berakhir dengan penolakan rakyat.

Namun siapa sangka, peluang kedua datang tanpa diminta. Bagaikan rezeki bergolek dan dalam masa tiga tahun selepas kekalahan yang memalukan di pilihanraya umum ke 14, UMNO dan BN bagaikan mendapat semula talian hayat walaupun tidak sepenuhnya tetapi sudah cukup untuk menjadi titik permulaan kebangkitan di dalam lingkaran koridor kuasa politik negara.

UMNO BN melakar sejarah apabila Mahathir meletak jawatan sebagai Perdana Menteri selepas 22 bulan berkuasa. Diikuti dengan Muhyiddin yang menggantikan beliau melalui proses pemilihan dan persetujuan ahli parlimen, juga meletak jawatan selepas tidak lagi mendapat kepercayaan dan sokongan ahli parlimen. Muhyiddin hanya bertahan selama 17 bulan sahaja.

Akhirnya melalui proses yang sama dan dengan perkenan Yang diPertuan Agong, Dato Seri Ismail Sabri dilantik sebagai Perdana Menteri Ke 9. UMNO dan BN umpama mati hidup semula.

Walaupun ianya bukan kerajaan UMNO dan BN sepenuhnya tetapi di kala ini wakil UMNO dan BN diberi kepercayaan oleh sebahagian besar ahli parlimen yang ada.

Peluang datang ketika negara bakal menghadapi pilihanraya umum ke 15. Suatu rezeki yang tidak pernah siapa dapat ramalkan selepas tumbang di PRU ke 14.

Kini setelah lebih 150 hari Ismail Sabri memimpin negara. Memandu kerajaan yang terdiri dari pelbagai wakil dari parti politik termasuk yang bukannya komponen Barisan Nasional, rakyat boleh melihat dengan jelas bahawa Ismail berjaya menguruskan negara serta rakyat terutama di kala negara dan rakyat sedang berhadapan dengan krisis pandemik covid19 yang turut mengheret permasalahan ekonomi rakyat dan negara bersamanya.

Rating penerimaan rakyat semakin baik terhadap kepimpinan Ismail Sabri. Isu banjir, kesan covid19 terhadap rakyat serta pelbagai isu dapat diselesaikan dengan baik melalui program pemulihan dan bantuan yang dilaksanakan  segera oleh beliau.

Ketika ini yang paling penting bagi UMNO dan BN adalah menggunakan sepenuhnya kelebihan yang ada. Di saat rakyat mula menerima UMNO dan BN, di kala mereka sudah mulai menerima kembali kerajaan yang di pimpin oleh UMNO maka inilah saatnya pemimpin UMNO di pelbagai peringkat wajib berlapang dada dan berjiwa besar.

Sebagai presiden parti, Dato Seri Ahmad Zahid Hamidi dan  timbalannya Dato Seri Utama Mohamad Hasan telah menunjukkan tahap kematangan berpolitik. Melalui keputusan biro politik ahli Majlis Kerja Tertinggi baru-baru ini dan mendapat sokongan sebulat suara pengerusi-pengerusi perhubungan negeri telah menamakan Ismail Sabri sebagai calon tunggal perdana menteri selepas pilihanraya umum ke 15 dan juga Ismail akan dijadikan ‘Poster Boy’ di sepanjang siri kempen tersebut.

Malah adalah lebih baik sekiranya menjadikan pilihanraya negeri Johor sebagai langkah permulaan meletakkan Ismail Sabri sebagai ‘Poster Boy’ di ketika mood rakyat semakin baik menerima kepimpinan beliau di peringkat pusat.

Zahid menyedari keadaan beliau dengan 47 kes pertuduhan di mahkamah bakal dijadikan modal politik oleh musuh politik dan Mohamad Hasan juga sedar betapa perlunya UMNO dan BN bangkit kembali sebelum PRU ke 15.

Kepimpinan UMNO dan BN sudah tidak mempunyai banyak masa. Perlu kurangkan pertelagahan demi kepentingan diri. Tiada lagi amalan politik tikam belakang yang boleh merosakkan parti dan paling utama janganlah ada tangan kotor yang masih ingin mengotorkan kain yang sudah mulai kembali cantik, putih dan bersih ini.

No comments

Ads Place