Page Nav

HIDE

Post Meta

SHOW

Grid

GRID_STYLE

Post Snippets

FALSE

Hover Effects

TRUE

Pages

{fbt_classic_header}

Header Ad

Breaking News:

latest

Ads Place

Ismail Sabri PM Pertama Martabatkan Bahasa Kebangsaan Di Peringkat Global

Satu usaha dan tindakan yang berani ditunjukkan oleh YAB Perdana Menteri Dato Seri Ismail Sabri ketika lawatan kerja rasmi di Thailand mingg...


Satu usaha dan tindakan yang berani ditunjukkan oleh YAB Perdana Menteri Dato Seri Ismail Sabri ketika lawatan kerja rasmi di Thailand minggu lalu.

Beliau dilihat dengan penuh yakin dan bangga menggunakan bahasa kebangsaan sebagai perantara komunikasi dengan ketua kerajaan Thailand dan juga apabila berhadapan dengan media di sana.

Ianya dilihat sebagai pencetus dan titik mula untuk seluruh rakyat Malaysia bahawa perlunya berbangga dengan bahasa ibunda yang menjadi bahasa rasmi samada di peringkat urusan rasmi kerajaan dan syarikat swasta, badan berkanun serta badan atau pertubuhan bukan kerajaan.

Perdana Menteri telah menunjukkan contoh terbaik sebagai pemimpin utama negara maka sebagai rakyat, kita seharusnya berbangga apabila bahasa kebangsaan kita mendapat pengiktirafan bukan sahaja di peringkat ASEAN tetapi turut dihormati di peringkat dunia.

Semangat nasionalisme yang tinggi, berwawasan yang jauh dan cakna jelas boleh dilihat pada YAB Perdana Menteri apabila beliau dilihat begitu komited dan yakin bahawa penggunaan Bahasa Melayu akan menjadi bahasa utama di nusantara ini.

Manifestasi YAB Perdana Menteri di dalam usaha memartabatkan Bahasa Melayu di peringkat dunia sewajarnya menjadi ikutan kepada pemimpin lain di negara ini. 

Kenapa perlu rasa kekok atau malu menggunakan bahasa ibunda ketika menyampaikan ucaptama di majlis rasmi bagi program yang bertaraf antarabangsa? Malah ianya sejajar dengan Perlembagaan Persekutuan Perkara 152, Perlembagaan Malaysia yang memperuntukan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan.

Perluaskan lagi penggunaan Bahasa Kebangsaan yang kita banggakan ini di dalam pelbagai aspek dan juga di pelbagai pentas samada tempatan atau antarabangsa.

Inilah masanya untuk perkenalkan Malaysia di mata dunia. 

Kejayaan dan pencapaian satu-satunya  Perdana Menteri yang mampu merealisasikan perjuangan bahasa dengan jelas dan bukan sekadar satu slogan.

No comments

Ads Place