Nama Rohana bekas Grup Ceo Astro tiba-tiba meletup. Kisah hubungan sulit dengan suami orang yang juga individu penting di dalam kes jenayah ...
Nama Rohana bekas Grup Ceo Astro tiba-tiba meletup. Kisah hubungan sulit dengan suami orang yang juga individu penting di dalam kes jenayah penyelewengan duit 1MDB di Amerika, Tim Leissner.
Rohana dikatakan mengugut Leissner dan sebagai habuan tutup mulutnya, Leissner membelinya sebuah rumah mewah di London. Anggaran harganya RM40 juta lebih.
Pelbagai spekulasi timbul. Siapa lagi yang menjadi individu di sebalik jenayah merompak 1MDB?
Tersusun dan terancang pada awalnya namun sejak akhir-akhir ini mula terbongkar satu persatu siapa individu penting yang selama ini tidak pernah terlintas di pemikiran rakyat negara ini bahawa ‘puzzle’ mula bercantum.
Siapa yang berkait dengan Rohana ketika di awal isu 1MDB berlegar? Apakah ada kaitan antara tempat kerja Rohana dan kedudukannya dengan individu yang ada kepentingan di belakang tabir?
Siapakah Zeti Aziz dan suaminya yang dikatakan turut mendapat habuan lumayan sehingga RM700juta. Bagaimana pula dengan pegawai-pegawai atasan 1MDB? Adakah Zeti, Suaminya dan Rohana saling berkait?
Adakah keterlibatan pemimpin politik yang mempunyai kepentingan peribadi? Terlibatkah bekas majikan Rohana di dalam jenayah rompakan wang terancang ini?
Astro terlibatkah? Memandangkan stesen kabel TV ini dilihat begitu ghairah memainkan isu 1MDB di sepanjang siri kempen pilihanraya umum yang lalu?
Ulasan mereka seperti ada pihak yang sudah bersalah atau berjaya membina persepsi jahat terhadap individu tertentu?
Segalanya nampak berkait?
Siapa lagi yang memperguna atau digunakan oleh Rohana?
Mutakhir akaun dan aset Rohana telah dibekukan oleh SPRM tetapi timbul persoalan, Zeti dan suami bagaimana pula?
No comments