Page Nav

HIDE

Post Meta

SHOW

Grid

GRID_STYLE

Post Snippets

FALSE

Hover Effects

TRUE

Pages

{fbt_classic_header}

Header Ad

Breaking News:

latest

Ads Place

Zahid Sudah Boleh Bercuti - Peguam

UMNO adalah sebuah parti yang begitu kukuh perlembagaannya. Hampir di kesemua aspek perjalanan parti ada perlembagaan yang terkait. Apa juga...


UMNO adalah sebuah parti yang begitu kukuh perlembagaannya. Hampir di kesemua aspek perjalanan parti ada perlembagaan yang terkait. Apa juga permasalahan parti juga boleh dirujuk kepada perlembagaan untuk timbang-tara supaya setiap ahli terikat dengan undang-undang parti dan perjalanan parti lebih tersusun di dalam usaha menarik mandat rakyat.

Siapa sahaja tidak terkecuali, baik di peringkat ahli biasa sehingga ke pemimpin utama parti di peringkat tertinggi seperti Presiden. Semua wajib akur dengan tuntutan perlembagaan yang digariskan.

Apa yang terjadi kepada bekas perdana menteri, Dato Seri Najib Tun Razak adalah contoh yang terbaik. Beliau melepaskan jawatan kerana dua sebab. Pertama kerana UMNO BN buat pertama kali kalah di dalam sejarah pilihanraya umum negara dan keduanya beliau mungkin sudah dapat membaca tentang isu 1MDB bakal diheret ke mahkamah dan beliaulah individu yang bakal menjadi orang kena tuduh yang utama.

Semalam Zahid Hamidi, Presiden UMNO yang menang bertanding di dalam pemilihan yang lalu diperintah membela diri berikutan wujudnya kes prima facie di dalam 47 pendakwaan bersabit skandal rasuah Yayasan Akal Budi di mana Zahid sendiri adalah pemiliknya.

Pemimpin utama UMNO terutama Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO pusat perlu segera meneliti beberapa perkara di bawah Fasal 10 Perlembagaan UMNO berkaitan kuasa dan tanggungjawab Majlis Tertinggi antara lain memperuntukkan Fasal 10.7 iaitu Menentukan taraf pendaftaran seseorang ahli (mengikut Fasal 5.7), menggantung atau melucutkan keahlian seseorang ahli.

Fasal 10.10 pula ialah melucutkan jawatan mana-mana ahli Badan Perhubungan, Jawatankuasa Bahagian dan Cawangan atas apa-apa sebab sekali pun.

Manakala Fasal 10.16 berkaitan mengambil sebarang langkah selain daripada perkara-perkara yang tersebut di atas bagi kesempurnaan perjalanan parti.

Malah Adnan Seman, seorang peguam dan juga bekas calon parlimen BN di Bandar Tun Razak menegaskan bahawa melalui satu mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO pada 29 Mei 2009 yang dipengerusikan oleh presidennya ketika itu, Datuk Seri Najib Razak, pucuk pimpinan telah menerima syor Jawatankuasa Pengurusan parti bahawa berkuatkuasa serta merta pemimpin atau mana-mana ahli parti yang didakwa di mahkamah secara automatik akan digantung semua jawatannya di dalam parti.

“Sekiranya dia berjaya di dalam proses mahkamah, dia akan mendapat kembali jawatannya,” jelas Adnan.

Tambahan pula Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan menegaskan kewujudan Prosedur Operasi Standard (SOP) UMNO yang menetapkan bahawa jika terdapat ahli yang berjawatan tinggi didakwa di mahkamah, mereka perlu mengambil cuti.

Tegas Adnan pada 16 April 2009, jawatan Ketua UMNO Bahagian Labuan yang disandang Datuk Suhaili Abdul Rahman telah digugurkan oleh Majlis Tertinggi UMNO berikutan pendakwaan terhadap beliau di mahkamah atas tuduhan membuat kenyataan palsu,” 

Baca juga di https://malaysiagazette.com/2018/10/19/zahid-boleh-digantung-atau-bercuti/

Justeru, ketika UMNO BN sedang menghadapi pilihanraya negeri Johor tidak lama lagi, adalah perlu Zahid meletakkan kepentingan parti mengatasi kepentingan peribadi. Situasi di Johor bukan seperti di Melaka dan Sarawak.

UMNO BN wajar membuang segala isu yang boleh menghakis kepercayaan rakyat. Bukan mudah untuk memenangi hati pengundi muda yang buat pertama kalinya diberi hak memilih dan bukan senang untuk rakyat menerima UMNO sekiranya UMNO gagal membuktikan bahawa UMNO adalah sebuah parti yang tinggi nilai integritinya.

No comments

Ads Place