Kecenderungan pengundi terhadap sesuatu parti politik boleh berubah sekelip mata, kalau sebelum ini mereka pilih, pendirian pengundi itu bol...
Kecenderungan pengundi terhadap sesuatu parti politik boleh berubah sekelip mata, kalau sebelum ini mereka pilih, pendirian pengundi itu boleh berubah. Lihat sahaja apa berlaku di pilihanraya negeri Melaka kata penganalisis politik tempatan.
Di Melaka, Barisan Nasional (BN) menang besar bukan kerana BN kuat tetapi kerana pengundi menghukum Pakatan Harapan yang secara terang tidak ingin menunaikan janji yang mereka buat selepas memenangi pilihanraya umum ke 14. Berapa kali Mahathir keluarkan kenyataan dan berdalih agar menghalalkan keengganan mereka tunaikan manifesto PH kata penganalisis lagi.
Akhinya pengundi menyimpan dendam dan melepaskannya di kertas undi.
Kata penganalis, ketika itu Presiden UMNO di luar negara mendapatkan rawatan dan kesnya belum diputuskan oleh mahkamah lagi.
Berbeza dengan senario pilihanraya negeri Johor. Zahid diperintah bela diri di atas 47 kes pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram. Wujudnya prima facie terhadap kesemua pertuduhan tersebut.
Landskap politik terkini juga berbeza. Di Melaka pengundi 18 tahun belum diberi hak mengundi tetapi di Johor golongan ini pertama kali diberi hak memilih. Kecenderongan kluster terbaharu ini sukar dijangka dan UMNO BN tidak boleh merasa terlalu selesa jelas penganalisis lagi. Perspektif mereka berpilih-pilih. Ada yang memilih berdasarkan parti dan ada yang melihat kepada siapa calon kawasan mereka.
UMNO BN ada peluang cerah untuk menang namun faktor situasi terkini presiden parti perlu diambil kira.
Presiden perlu meletakkan dirinya sama seperti ahli UMNO yang lain apabila bercakap soal perlembagaan parti.
Undur dan rehat seketika tidak hilang bisanya.
Jangan gigit jari di Johor akibat tidak jujur kepada parti.
No comments