Zahid Hamidi perlu membela diri dalam 47 pertuduhan jenayah pecah amanah (CBT), rasuah dan pengubahan wang haram yang dikaitkan dengan dana ...
Zahid Hamidi perlu membela diri dalam 47 pertuduhan jenayah pecah amanah (CBT), rasuah dan pengubahan wang haram yang dikaitkan dengan dana berpuluh juta ringgit daripada Yayasan Akalbudi.
Hakim perbicaraan Collin Lawrence Sequerah memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah menunjukkan terdapat kes prima facie (tertuduh perlu menjawab) terhadap bekas menteri dalam negeri itu, melibatkan 12 pertuduhan CBT, lapan pertuduhan rasuah, dan 27 pertuduhan pengubahan wang haram.
Hari ini ditetapkan untuk keputusan pada akhir kes pendakwaan, yang menyaksikan 99 saksi memberi keterangan dalam perbicaraan yang pertama kali bermula pada 18 Nov 2019.
Susulan keputusan itu, peguam bela Hisyam Teh Poh Teik memaklumkan mahkamah bahawa Zahid telah memilih untuk memberikan keterangan bersumpah daripada kandang saksi bagi peringkat pembelaan perbicaraan.
No comments