Ada beberapa isu yang sedang hangat diperbincangkan di kalangan pemuda UMNO, baik di peringkat cawangan dan bahagian malah makin kuat berleg...
Ada beberapa isu yang sedang hangat diperbincangkan di kalangan pemuda UMNO, baik di peringkat cawangan dan bahagian malah makin kuat berlegarnya isu ini kedengaran di peringkat negeri cuma menurut sumber, isu 'Yes DAP' dan 'Yes Anwar' yang dicadangakan oleh Ashraf di mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO cuba dipadamkan atau disenyapkan oleh pihak tertentu yang berkepentingan.
Antara isu yang makin panas dan sedang berlegar sekarang ialah berhubung cadangan Ashraf Wajdi agar UMNO bergabung dengan DAP dan Anwar dalam pembentukan kerajaan baharu dengan menolak PAS dan PPBM?
Ashraf dikatakan membawa cadangan ini di dalam mesyuarat kerja tertinggi UMNO dan beliau mendesak agar digantung usul 'No DAP' dan 'No Anwar" yang telah dibuat ketetapannya di Perhimpunan Agong UMNO oleh perwakilan yang hadir.
Ashraf perlu tampil segera menjelaskan duduk perkara sebenar akan isu-isu yang tersebut di atas. Kenapa perlu berdiam diri dan di waktu yang sama dilihat bernada dendam terhadap Ismail Sabri?
Adakah kerana Ismail Sabri menolak untuk menjadi Perdana Menteri di dalam kerajaan yang adanya DAP dan Anwar seperti yang dicadangkan oleh Asyraf maka serangan yang Ashraf halakan kepada Perdana Menteri dilihat seolah tiada titik noktah dan Ashraf tidak mampu untuk melihat dan membezakan bagaimana kerajaan membantu mangsa bala banjir dan rakyat yang terkesan dengan covid-19?
Menariknya, kepimpinan pemuda UMNO di peringkat bahagian dan negeri dilihat tidak berani meminta ketuanya supaya menjelaskan duduk perkara sebenar isu-isu tersebut. Semuanya sepi dan seolah takut, mungkin masing-masing menjaga kedudukan untuk merebut jawatan di pemilihan akan datang?
Adakah akhirnya kepimpinan sayap pemuda UMNO hilang bisa mudanya? Demi poket dan jawatan semuanya menikus. Bagaimana pengundi atas pagar golongan muda kembali menyokong UMNO kalau pemimpin muda UMNO masih berkokok tetapi ekor sendiri bergelumang najis?
emel kiriman:
Ayam Kapan
No comments