Page Nav

HIDE

Post Meta

SHOW

Grid

GRID_STYLE

Post Snippets

FALSE

Hover Effects

TRUE

Pages

{fbt_classic_header}

Header Ad

Breaking News:

latest

Ads Place

Syed Saddiq Bersedia Menjadi MB Johor?

Keputusan Muhyiddin Yasin semalam untuk tidak bertanding di pilihanraya negeri Johor memeranjatkan semua pihak. Bagi PPBM, Muhyiddin adalah ...


Keputusan Muhyiddin Yasin semalam untuk tidak bertanding di pilihanraya negeri Johor memeranjatkan semua pihak.

Bagi PPBM, Muhyiddin adalah calon paling layak menjadi Menteri Besar sekiranya mereka menang di pilihanraya itu kelak.

Bagi blok Pakatan Harapan pula nampaknya masih samar siapa bakal menjadi Menteri Besar. 

Ada sumber dalaman memberitahu bahawa sekiranya parti MUDA milik Syed Saddiq berjaya memeterai perjanjian persefahaman bersama Pakatan Harapan maka Syed akan ditonjolkan sebagai MB Johor yang baharu.

Sumber dalaman mengatakan DAP melalui Kit Siang telah memberi lampu hijau asalkan MUDA setuju bersama mereka. 

Pembahagian kerusi mungkin berlaku antara PKR dan PAN, mereka perlu menyerahkan kerusi DUN selamat kepada MUDA sebagai syarat penyertaan parti yang baharu lulus pendaftarannya.

Syed Saddiq sedang menghadapi pendakwaan di mahkamah di atas pertuduhan menyeleweng duit parti PPBM sewaktu beliau menjadi Ketua Armada Malaysia.

Beberapa ahli jawatan kuasa beliau turut juga terpalit dengan kes penemuan

Wang tunai ratusan ribu ringgit di premis kediaman mereka.

Bagi MUDA, sebelum dijatuhkan hukuman bersalah, masih belum menjadi pesalah.

MUDA melihat kepada 30 kerusi DUN menurut sumber lagi.

No comments

Ads Place