Page Nav

HIDE

Post Meta

SHOW

Grid

GRID_STYLE

Post Snippets

FALSE

Hover Effects

TRUE

Pages

{fbt_classic_header}

Header Ad

Breaking News:

latest

Ads Place

SPRM: Kenapa Ashraf Wajdi Bawa Suara DAP?

Isu integriti SPRM yang semakin hangat diperbincangkan mendapat respon dari Perdana Menteri Dato Sri Ismail Sabri. Beliau mahu semua pihak m...


Isu integriti SPRM yang semakin hangat diperbincangkan mendapat respon dari Perdana Menteri Dato Sri Ismail Sabri. Beliau mahu semua pihak memberi ruang kepada pihak bertanggungjawab seluasnya untuk membuat siasatan yang terperinci. 

Ini sejajar dengan proses siasatan terhadap mana-mana kes berprofail tinggi. Supaya tidak timbul polemik yang boleh mencalar nama baik institusi tersebut dan persepsi yang tidak baik berpanjangan sehingga isu ini menjadi alat atau modal politik murahan pihak tertentu.

Ashraf Wajdi sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia sepatutnya lebih memahami bagaimana agensi keselamatan negara berfungsi serta cara menangani isu integriti apabila melibatkan pengurusan utama sesebuah agensi dan seharusnya lebih berhati-hati apabila mahu mengeluarkan cadangan.

Sebagai ketua kepada sayap sebuah parti politik Melayu terbesar di dunia, Ashraf Wajdi perlu peka dan sensitif terhadap suaranya yang mewakili parti kerana kedudukannya sebagai pemimpin nombor satu sayap golongan orang muda.

Memalukan apabila kelmarin tiba-tiba keluar dari mulutnya cadangan yang pernah disuarakan oleh DAP ketika Barisan Nasional memerintah. Cadangan supaya SPRM di letakkan di bawah parlimen. 

Samada Ashraf tidak pernah tahu atau buat-buat tidak tahu atau beliau membawa suara DAP di kala Perdana Menteri kini adalah dari UMNO?

Idea retorik dari DAP ini hanya bergema ketika BN jadi kerajaan sahaja. Kalau ianya sebuah idea yang difikir baik, kenapa DAP tidak merealisasikannya ketika mereka menjadi kerajaan selama 22 bulan sebaik sahaja mereka menang di PRU ke 15? 

Malah timbul juga kesangsian terhadap wibawa Ashraf sebagai pemimpin sayap utama UMNO, kenapa Ashraf Wajdi tidak bersuara ketika DAP menjadi kerajaan ketika itu?

Carilah idea terbaik untuk bantu kerajaan yang dipimpin UMNO sekarang dan bukannya asyik ‘copy paste’ idea orang dan menjadi ejen kepada Dap.

Persoalan utama sekarang bukan isunya rasional atau baik atau tidak atau boleh atau sebaliknya SPRM diletakkan dibawah parlimen tetapi isu pokoknya adalah di mana Ashraf ketika kerajaan DAP/PH tidak melaksanakan cadangan mereka sendiri sehingga SPRM ketika itu digunakan oleh DAP/PH untuk mendakwa pemimpin-pemimpin UMNO?

No comments

Ads Place