DAP seperti biasa apabila melihat sesuatu isu yang boleh memberi kelebihan terutama bagi kepentingan politik politik mereka maka akan tampil...
DAP seperti biasa apabila melihat sesuatu isu yang boleh memberi kelebihan terutama bagi kepentingan politik politik mereka maka akan tampil berulang kali mendesak agar rakyat memberi perhatian yang lebih, kononnya parti merekalah pejuang rakyat yang utama.
Modus serangan yang tidak berubah. Skima dan mudah dibaca kecuali bagi mereka yang pertama kali cuba untuk mengenali siapa ada apa yang diperjuangkan DAP.
Di dalam kes 'Azam Baki', sama sahaja gaya serangannya. Mendesak berulang-ulang kali agar Ketua Pengarah SPRM Tan Sri Azam Baki berehat seketika sementara kes yang melibatkan pemilikan saham di atas namanya di siasat.
Tanpa adanya perasaan malu, Lim Guan Eng agak menonjol di dalam usaha mendesak ini. Dia seakan lupa untuk melihat dirinya sendiri yang terpalit dengan skandal mega rasuah ketika menjadi Ketua Menteri Melaka dan juga turut menerima jawatan Menteri Kewangan negara.
Skandal Terowong Bawah Laut di Pulau Pinang yang dianggarkan mencecah angka rasuahnya berjumlah ratusan juta ringgit. Ketika kes tersebut di bawa ke Mahkamah, Lim Guan Eng masih kekal di kerusi Ketua Menteri Pulau Pinang dan kemudiannya apabila Pakatan Harapan menang PRU ke 15, beliau dilantik pula menjadi menteri kewangan.
Paling memalukan, peguam bela beliau juga dilantik sebagai Peguam Negara dan kesnya digugurkan.
Terkini, di dalam kes projek mega yang tidak pernah bermula pembinaannya, saksi tampil mengaku Lim Guan Eng meminta komisyen sebanyak 10% dari jumlah keuntungan projek tersebut.
Kedudukan beliau sebagai Setiausaha Agung parti DAP juga tidak terjejas.
Sebaiknya Guan Eng ludah ke muka sendiri dahulu.
No comments