Page Nav

HIDE

Post Meta

SHOW

Grid

GRID_STYLE

Post Snippets

FALSE

Hover Effects

TRUE

Pages

{fbt_classic_header}

Header Ad

Breaking News:

latest

Ads Place

Skandal Hutang Tanpa Cagaran Melibatkan Duit KWSP?

Ada antara kita susah nak buka akaun di bank-bank tersebut. Pelbagai syarat dikenakan sehinggakan ada yang kena bawa ‘introducer’ seolah pen...

Ada antara kita susah nak buka akaun di bank-bank tersebut. Pelbagai syarat dikenakan sehinggakan ada yang kena bawa ‘introducer’ seolah penjamin.

Itu nak buka akaun sendiri dengan masukkan duit sendiri. 

Kerajaan wajar bertindak pantas.

Baca dari portal Mkini dan berita sebegini boleh meresahkan pemegang taruh;

Ahli Parlimen Subang Wong Chen menuntut akauntabiliti daripada tiga bank Malaysia susulan pelaburan besar daripada dana berkaitan kerajaan berhubung keputusan mereka untuk memberikan pinjaman tidak bercagar yang besar kepada Genting Hong Kong yang kini menghadapi masalah kewangan.

Malayan Banking Berhad (Maybank), Kumpulan CIMB Berhad dan RHB Bank Berhad dijangka menerima kesan besar kerana mereka adalah pemiutang tidak bercagar utama Genting Hong Kong dengan jumlah pinjaman berjumlah AS$600 juta (RM2.51 bilion), menurut Straits TimesSingapura.

Wong Chen menegaskan bahawa kebanyakan pelabur utama dalam bank-bank ini adalah institusi yang menguruskan simpanan pembayar cukai Malaysia.

Mengikut rekod pegangan saham setakat 31 Disember tahun lalu, pelabur terbesar Maybank ialah Amanah Saham Bumiputera melalui Amanahraya Trustees Berhad dengan pegangan sebanyak 34.01 peratus diikuti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja sebanyak 12.94 peratus dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) sebanyak 7.09 peratus.

Sementara itu, pemegang saham terbesar dalam CIMB ialah Khazanah Nasional dengan pegangan 25.7 peratus diikuti KWSP (15.3 peratus), PNB (11.8 peratus) dan Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP) (6.3 peratus).

Bagi RHB, institusi awam yang mempunyai pegangan saham besar termasuk KWSP (42.3 peratus), PNB (6.1 peratus) dan KWAP (5.89 peratus).

Wong Chen menegaskan adalah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk melindungi semua pelaburan ini.

“Kerajaan sepatutnya menjaga wang pembayar cukai dan peratusan besar golongan dewasa yang bekerja adalah penyimpan KWSP.

“Sehubungan itu, orang ramai berhak untuk mengetahui jika pinjaman tidak bercagar ini diluluskan secara melulu.

"Khususnya, bank-bank yang meluluskan pinjaman tidak bercagar ini mesti bertindak sekarang untuk mewajarkan tindakan mereka," kata ahli parlimen PKR itu.

Jutawan itu juga merupakan pengerusi Kumpulan Genting yang memiliki kasino di Malaysia dan Singapura dan juga terlibat dalam sektor perladangan dan tenaga.

No comments

Ads Place