Page Nav

HIDE

Post Meta

SHOW

Grid

GRID_STYLE

Post Snippets

FALSE

Hover Effects

TRUE

Pages

{fbt_classic_header}

Header Ad

Breaking News:

latest

Ads Place

Sidang Khas Dewan Rakyat Menunjukkan Sikap Keterbukaan Ismail Sabri

Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob memahami kehendak ramai pihak yang mahukan isu banjir dibincangkan di Parlimen telah mengarahkan perka...


Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob memahami kehendak ramai pihak yang mahukan isu banjir dibincangkan di Parlimen telah mengarahkan perkara tersebut dilaksanakan segera.

Dewan Rakyat akan mengadakan sidang khas untuk membincangkan bencana banjir pada 20 Jan ini. Sidang khas itu diadakan demi mendalami kesusahan rakyat yang terkesan dengan banjir.

“Mesyuarat khas ini diadakan selaras dengan Peraturan Mesyuarat 11(3), Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat bagi membincangkan perkara berkaitan kepentingan negara, iaitu banjir dan pasca banjir, penyelarasan bantuan kepada Keluarga Malaysia dan perancangan jangka panjang pengurusan bencana banjir.

Pelaksanaan mesyuarat khas ini telah disembah maklum dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Sidang khas itu penting untuk memberi ruang kepada kerajaan menjelaskan kepada rakyat tindakan dan perancangan bagi menangani banjir. Sesi ini juga adalah platform terbaik untuk Ahli Parlimen mendapat maklum balas tentang isu banjir.

Sebelum ini, Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi mencadangkan kerajaan mengadakan sidang khas Dewan Rakyat bagi membincangkan isu banjir.

Sidang itu juga membolehkan wakil rakyat memberikan pandangan serta cadangan bagi membantu kerajaan mencari jalan penyelesaian terbaik.

Pada 31 Dis lalu, Pakatan Harapan menggesa kerajaan mengadakan sidang khas Parlimen, khusus untuk menjelaskan ‘kegagalan’ dalam menangani banjir besar yang melanda negara.

Suara rakyat juga kedengaran di media sosial amat lantang mengkritik respons Jemaah Menteri yang dikatakan sangat lembab atau dilihat setakat ‘berwayang’ tanpa benar-benar membantu mangsa banjir, termasuk di Sabah, iaitu di Tenom pada Mei dan Penampang pada September lalu.

Apa sahaja yang terbaik kepada #KeluargaMalaysia pasti Perdana Menteri akan melakukannya tanpa ada tentangan dan halangan.

Semoga sidang kali Dewan Rakyat kali ini dimanfaatkan oleh seluruh pemimpin dan ahli parlimen.

Diharapkan dengan keterbukaan kerajaan untuk membincangkan segala perihal berkaitan bencana di dalam negara kita di Dewan Rakyat seharusnya tidak perlu lagi ada unsur desakan atau mileage populis yg bersifat retorik perlu dibawa oleh mana-mana pihak ataupun mana-mana parti.

Ini medan. Ini medium terbaik untuk mencadangkan segala bentuk cadangan yang akhirnya akan memberikan kebaikan dan manfaat kepada seluruh #KeluargaMalaysia.

No comments

Ads Place