Siapa tidak kenal dengan bekas Ketua Pengarah JASA Puad Zarkashi? Antara punca UMNO dan BN kalah di PRU ke 14 adalah kerana beliau. Tanggun...
Siapa tidak kenal dengan bekas Ketua Pengarah JASA Puad Zarkashi?
Antara punca UMNO dan BN kalah di PRU ke 14 adalah kerana beliau. Tanggungjawab yang diamanahkankan untuk merangka strategi menawan hati rakyat juga terletak kepada JASA. Banyak peruntukan disalurkan kepada agensi ini untuk menerangkan kepada rakyat tentang agenda utama negara.
Namun apa yang Puad lakukan? Beliau rupanya lebih pentingkan kedudukan politik diri sendiri. Menggunakan JASA bagi mendapat laba politik.
Prestasi pegawai JASA merudum di zaman beliau. Banyak program syok sendiri. Pegawai berpenat lelah di lapangan, Puad sibuk melobi agar boleh bertanding di PRU ke 14.
Akhirnya terbukti, beliau menunjukkan warna perjuangannya yang sebenar dalam UMNO, tidak dapat menjadi calon ketika itu dan terus meletakkan jawatan di dalam parti dan umumkan bertanding sebagai calon bebas. Rupanya tidak cukup dengan jawatan nombor satu JASA, tamak haloba.
Beliau tidak mampu menerima kenyataa apabila Ketua Wanita Bahagiannya sendiri menjadi calon BN.
Sehingga kini ahli UMNO seluruh negara tertanya, kenapa Puad tidak dipecat dari UMNO sesuai dengan perlembagaan parti di atas kesalahan yang amat serius, bertanding atas tiket bebas melawan calon BN itu sendiri.
Bukankah itu mensabotaj parti secara terang?
Kini apa sahaja yang dibuat oleh Perdana Menteri akan dibangkangnya. Beliau sentiasa mencari peluang untuk lagakan antara Presiden UMNO dan Ismail Sabri.
Terkini, beliau menggelar YAB Perdana Menteri Dato Seri Ismail Sabri sebagai lembik.
Sebagai ahli Majlis Kerja Tertinggi beliau perlu melihat lebih jauh. Peluang terbaik ada di sebelah UMNO BN pada PRU ke 15 kerana ‘kerajaan campuran’ sekarang dipimpin oleh UMNO. Sebagai bekas Ketua Pengarah JASA beliau lebih faham berkenaan dengan strategi memenangi parti dan bukannya bertindak bodoh cuba melaga-lagakan antara Presiden dan Perdana Menteri.
Isu ‘poster boy’ sudah mendapat persetujuan sebulat suara antara Biro Politik MKT.
Kalau inilah cara Puad melobi dirinya sebagai calon PRU ke 15, UMNO BN bakal kalah teruk lagi sekali.
Mencalonkan watak gila kerusi pilihanraya mengundang amarah ahli. Jauh lebih teruk ianya akan ditolak oleh pengundi.
Kalau Ismail Sabri lembik, mana mungkin beliau mampu mengajak pemimpin-pemimpin parti utama untuk menandatangani memorandum persefahaman untuk bersama bangunkan negara dan lupakan sekejap perang saraf antara parti. Ismai Sabri berjaya mengajak kesemua pemimpin parti memberi keutamaan fokus permasalahan rakyat dan negara.
Puad yang sepatutnya malu, kalau dia ‘keras’ maka calon di PRU ke 14 bukan ketua wanitanya sendiri.
Puad, lemah!
No comments