UMNO sebuah parti yang matang kerana struktur pengurusannya adalah yang diakui terbaik jika dibandingkan dengan kewujudan parti-parti poli...
UMNO sebuah parti yang matang kerana struktur pengurusannya adalah yang diakui terbaik jika dibandingkan dengan kewujudan parti-parti politik yang lain walaupun ada di antara parti politik yang ditubuhkan di negara kita umurnya hampir sama dengan penubuhan parti UMNO.
Pengurusan terbaik parti UMNO bukan sahaja tersusun di peringkat pusat sahaja namun ianya adalah sebuah pengurusan menyeluruh di kesemua peringkat termasuk cawangan, bahagian dan negeri.
Pelarasan kerja parti memberi indikasi yang jelas bahawa apa sahaja keputusan mesyuarat di peringkat tertinggi kepimpinan UMNO adalah merupakan mandat yang diperolehi sepenuhnya dari akar umbi.
Peringkat tertinggi membuat sesuatu keputusan yang penting bagi menentukan halatuju parti adalah mesyuarat Biro Politik Majlis Kerja Tertinggi UMNO.
Minggu lepas, satu keputusan penting telah dicapai demi persiapan UMNO menghadapi pilihanraya umum ke 15 iaitu melalui mesyuarat Biro politik UMNO Pusat dan juga turut mendapat persetujuan sebulat suara pengerusi-pengerusi perhubungan negeri:-
1. Menyokong YAB Dato Sri Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri selepas PRU akan datang.
2. Memberi mandat kepada ‘Top 5’ UMNO iaitu Presiden, Timbalan Presiden dan 3 Naib Presiden bagi mencadangkan tarikh pilihanraya kepada Perdana Menteri.
3. ‘Poster Boy’ yang bakal digunakan sebagai bahan kempen utama adalah Dato Sri Ismail Sabri.
Keputusan dari Biro Politik Majlis Kerja Tertinggi UMNO ini juga mendapat sokongan sebulat suara dari seluruh pengerusi badan perhubungan negeri di seluruh negara.
Keputusan bijaksana ini wajar diterima oleh semua ahli parti kerana graf pertambahan sokongan rakyat sudah mula menunjukkan ‘patern’ kembali menerima UMNO BN sejak Ismail Sabri menerajui kerajaan hari ini.
Tambahan lagi, keputusan mesyuarat tersebut menunjukkan barisan kepimpinan tertinggi UMNO pusat dan negeri telah memberi isyarat jelas kepada ahli akar umbi bahawa kesepakatan kepimpinan tertinggi UMNO berada di tahap yang terbaik. Isu dalaman parti mula terungkai dengan masing-masing memberi fokus kepada titik persamaan dan kesemua pemimpin membuktikan mereka begitu matang dalam meraikan perbezaan pandangan dan idealogi.
UMNO parti yang bergerak dengan musyawwarah. Seperti mana Nabi saw dan para Sahabat r.a membuat keputusan penting dalam semua isu yang melibatkan perjalanan pentadbiran negara ketika itu.
Kata Nabi saw, selepas aku meninggal dunia ini maka putuslah wahyu dari Allah swt. Buatlah keputusan dengan musyawwarah antara kamu kerana ada keberkatan di dalam setiap keputusan yang dihasilkan melalui musyawwarah tersebut.
No comments