Pada pilihanraya umum yang lalu, Amanah atau parti PAN menunjukkan keputusan yang membolehkan mereka antara parti yang mendapat sokongan rak...
Pada pilihanraya umum yang lalu, Amanah atau parti PAN menunjukkan keputusan yang membolehkan mereka antara parti yang mendapat sokongan rakyat di Johor.
PAN juga boleh mendabik dada bahawa Johor adalah kubu kuat mereka. Dari jumlah yang dipertanding, PAN menang 9 kerusi sebelum 3 wakil rakyat DUN mereka lompat menyertai PKR dan sehingga kini tidak jelas motif mereka bertukar parti di dalam kumpulan yang sama, Pakatan Harapan.
Melalui kekuatan tersebut PAN membuat keputusan menerima MUDA menyertai Pakatan Harapan tetapi bukan mengambil kerusi PAN. Menurut sumber, MUDA boleh diberi kuota PKR dan bertanding di kubu kuat BN untuk membuktikan MUDA mampu meraih undi golongan yang pertama kali mengundi.
PAN yakin bakal menambahkan kerusi milik mereka dan paling utama mereka akan bertanding di mana PAS akan bertanding.
Orang Johor boleh menilai siapa lebih islamik kata sumber lagi.
No comments