Medan tempur yang pertama bagi parti ciptaan Syed Saddiq yang memfokuskan hanya golongan muda berada di dalam kelompok mereka. Mereka berpan...
Medan tempur yang pertama bagi parti ciptaan Syed Saddiq yang memfokuskan hanya golongan muda berada di dalam kelompok mereka.
Mereka berpandangan Johor bakal menjadi kubu kuat mereka dan amat yakin boleh menang setiap kerusi yang dipertandingan bagi pilihanraya negeri Johor kelak.
Dengan kekuatan tambahan pengundi 18 tahun yang baru pertama kali layak memilih wakil rakyat, MUDA optimis mereka boleh bergerak solo di kesemua DUN Johor.
“Nothing will stop us” kata sumber.
Sekiranya DAP ingin bersama MUDA maka beberapa syarat penting wajar dipenuhi sebelum sebarang ‘perjanjian kuasa memerintah’ termeteri tambah sumber bilik gerakan.
Antara syaratnya ialah, jawatan menteri besar dan separuh exco kerajaan Johor mesti dari calon parti MUDA. Anwar bukan lagi ‘poster boy’ kerana imejnya begitu teruk sejak kalah di beberapa pilihanraya kecil dan dua pilihanraya negeri sebelumnya. ‘Poster boy’ adalah Syed Saddiq dan Lim Kit Siang ujar sumber lagi.
Perjalanan kempen perlu ikut strategi MUDA dan DAP hanya ‘back-up’ dari segi kewangan.
Syed Saddiq dikatakan tidak ada masalah walaupun beliau kini termasuk di dalam ‘klaster mahkamah’ ekoran kes penyelewengan dana politik sewaktu beliau bersama Mahathir. Bagi Syed label berkenaan tidak semesti beliau sudah bersalah.
Ironinya, sekiranya dari pemimpin UMNO BN, Syed Saddiq akan kaitkan dengan integriti. Bagaimana jadi pemimpin sekiranya terpalit dengan rasuah, sedangkan yang beliau laungkan masih berjalan kesnya dan belum terbukti bersalah.
Perjuangan terpilih, ‘budak Dap’ bukan satu isu kerana yang penting, MUDA berkuasa.
Pengundi Johor bakal terjemahkan kerajaan jenis apa yang mereka pilih. Kerajaan berasaskan kepentingan satu kelompok atau kerajaan yang berkhidmat kepada seluruh rakyat.
Sinetron semakin menarik. Kita tunggu selanjutnya.
No comments