Page Nav

HIDE

Post Meta

SHOW

Grid

GRID_STYLE

Post Snippets

FALSE

Hover Effects

TRUE

Pages

{fbt_classic_header}

Header Ad

Breaking News:

latest

Ads Place

#PRNjohor: Ismail Sabri Sebagai ‘Poster Boy’

Ini adalah masa paling sesuai bagi UMNO dan Barisan Nasional (BN) membukti bahawa potret Perdana Menteri YAB Dato Seri Ismail Sabri boleh di...


Ini adalah masa paling sesuai bagi UMNO dan Barisan Nasional (BN) membukti bahawa potret Perdana Menteri YAB Dato Seri Ismail Sabri boleh dijadikan ‘Poster Boy’ dan membawa kemenangan besar bagi BN di pilihanraya negeri Johor.

Graf penerimaan rakyat semakin stabil dan terus menunjukkan kenaikan kepercayaan terhadap gaya kepimpinan Ismail walaupun baru melepasi 150 hari selepas mengambil alih kerusi Perdana Menteri dari Muhyiddin Yassin. 

Tidak boleh dinafikan, belum pun mencecah 6 bulan memimpin negara, Ismail Sabri berani membuat keputusan drastik terutama melibatkan kesusahan rakyat. Bajet bencana ditambah termasuk mereka yang terkesan kerana pandemik covid 19. Walaupun terdapat perasaan tidak puas hati segelintir kumpulan berkenaan pengeluaran wang KWSP namun yang penting rakyat tidak menggunakan wang tabung di hari tua mereka sendiri untuk menyelesaikan masalah sendiri akibat virus berbahaya itu. Pelbagai bentuk bantuan disalurkan untuk mereka yang terkesan bagi memulakan hidup baru.

Tambahan pula keputusan terbaharu Biro Politik Majlis Kerja Tertinggi UMNO sebulat suara bersetuju dan menyokong menjadikan Ismail Sabri sebagai ‘Poster Boy’ bagi pilihanraya umum ke 15. Turut sama menyokong  adalah pengerusi-pengerusi badan perhubungan negeri.

Keputusan tersebut menunjukkan di peringkat kepimpinan utama parti, segala aspek penilaian risiko telah diambil kira dengan terperinci kerana diakhirnya adalah kejayaan BN memenangi hati rakyat dan pilihanraya.

Bukan itu sahaja, biro politik MKT juga membuat keputusan menamakan Ismail Sabri sebagai satu-satunya calon Perdana Menteri sekiranya BN menang di pilihanraya umum akan datang.

Turut dibuat keputusan oleh Biro Politik adalah menyerahkan mandat kepada ‘Top 5’ untuk berbincang dengan Perdana Menteri tentang tarikh yang sesuai untuk diadakan pilihanraya umum. ‘Top 5’ ini terdiri daripada Presiden parti, Timbalan Presiden dan 3 Naib Presiden.

Jadi UMNO BN tidak perlu ragu dan sangsi untuk menjadikan Ismail Sabri sebagai ‘Poster Boy’ dan menjadikan Johor sebagai medan ujian penerimaan rakyat sebelum menghadapi pilihanraya umum ke 15.

Kemenangan bergaya BN di kedua pilihanraya negeri, Melaka dan Sarawak ketika YAB Dato Seri Ismail Sabri menjadi Perdana Menteri juga merupakan petunjuk prestasi beliau memimpin negara dan juga mood rakyat menerima BN.

No comments

Ads Place