Dua keputusan yang nampak begitu berani dibuat oleh Anwar Ibrahim bagi PKR menghadapi pilihanraya negeri Johor. Strategi yang diambil Anwar ...
Dua keputusan yang nampak begitu berani dibuat oleh Anwar Ibrahim bagi PKR menghadapi pilihanraya negeri Johor.
Strategi yang diambil Anwar berkemungkinan kerana keputusan beberapa pilihanraya kecil dan dua pilihanraya negeri menunjukkan PKR semakin dijauhi pengundi. Tercalar teruk imej Anwar sebagai presiden PKR dan Dap juga mula berbunyi supaya Anwar meletak jawatan sebagai Ketua Pembangkang di parlimen dan juga Pakatan Harapan.
Pertama menurut sumber, Anwar dikatakan bersetuju menamakan calon tunggal MB sekiranya mereka menang di Johor. Calon tersebut adalah ahli parlimen Simpang Renggam, Maszlee Malik. Beliau dikatakan bakal bertanding di kerusi Dun yang selamat baginya.
Walaupun Maszlee bukan orang lama di dalam PKR namun rekodnya bersih kata sumber. Isu janji tol percuma itu sudah lama dilupakan pengundi jelas sumber lagi. Tiada masalah menjadikan Maszlee sebagai ‘Poster Boy’ PKR.
Anwar tidak condong ke arah Syed Saddiq yang dikatakan mendapat sokongan Dap.
Kedua, Anwar dikatakan membuat keputusan menggunakan lambang PKR dan bukannya Pakatan Harapan walaupun DAP dan lain-lain gabungan mereka kekal menggunakan logo Pakatan Harapan.
UMNO wajar melihat keberanian Anwar cuba memenangi hati pengundi Johor walau mereka sedar akan menemui jalan sukar.
Inilah masanya UMNO menjadikan Perdana Menteri sebagai ‘Poster Boy’ Barisan Nasional.
Apakah tiada sedikit pun nilai jawatan nombor satu negara itu kepada UMNO dan Barisan Nasional?
No comments