Melihat kepada perkembangan mutakhir politik negara, DAP yang begitu terdesak mencari formula menaikkan kembali keyakinan pengundi Cina dan ...
Melihat kepada perkembangan mutakhir politik negara, DAP yang begitu terdesak mencari formula menaikkan kembali keyakinan pengundi Cina dan orang muda maka jalan mudah adalah memperkudakan MUDA.
Parti MUDA baharu saja diluluskan pendaftarannya dan Presiden MUDA adalah Syed Saddiq.
Setelah beberapa siri DAP bersama PKR dan Amanah mengharungi pilihanraya kecil dan dua pilihanraya negeri. Keputusannya amat mengecewakan Lim Kit Siang dan memalukan DAP sehinggakan ada beberapa pemimpin utama DAP serta wakil rakyatnya mengambil keputusan keluar dari parti tersebut.
Hari ini DUN Johor dibubarkan dengan perkenan Tuanku Sultan Johor. Melalui sumber rapat, DAP sudah melakukan langkah awal bila mula menarik Syed Saddiq di dalam kempen menyerang Ketua Pengarah SPRM Tan Sri Azam Baki berkaitan isu pemilikan saham.
Syed Saddiq mula dibicarakan di mahkamah di dalam kes penyelewangan wang parti melalui akaun pemuda PPBM dan Guan Eng kerana kes rasuah mega projek Terowong Dasar Laut Pulau Pinang. Dan kedua kes ini ketika Azam Baki naik menjadi Ketua Pengarah? Nampaknya ada lojiknya kenapa Syed dan Guan Eng tidak berhenti menghasut rakyat membenci Azam Baki.
Menurut sumber lagi, faktor pengundi berusia 18 tahun yang pertama kalinya mengundi juga antara penyebab DAP melutut merayu supaya Syed Saddiq bersama mereka melawan UMNO BN di pilihanraya negeri Johor nanti.
Jelas sumber juga, Kit Siang sudah tidak mempedulikan izin Anwar sebagai ketua Pakatan Harapan. Kit Siang membuat keputusan supaya DAP kekal bernyawa menghadapi PRU ke 15.
UMNO BN perlu lebih kreatif dan berani mengatur strategi supaya menang besar di Johor nanti.
No comments