Menurut penganalisis pilihanraya tempatan, jawatan pengerusi Barisan Nasional yang disandang Zahid Hamidi sewajarnya diserahkan kepada YAB P...
Menurut penganalisis pilihanraya tempatan, jawatan pengerusi Barisan Nasional yang disandang Zahid Hamidi sewajarnya diserahkan kepada YAB Perdana Menteri, Dato Seri Ismail Sabri.
Ini sebagai langkah permulaan dan bukti untuk ditunjukkan kepada rakyat bahawa UMNO BN begitu serius di dalam isu integriti berbanding dengan parti politik yang lain.
Tiada cacatnya maruah seorang presiden parti menyerahkan jawatan tersebut kerana amalan ini sudah lama diamalkan oleh pemimpin besar UMNO. Apatah lagi jawatan tersebut adalah hasil dari konsensus pemimpin dari parti komponen Barisan Nasional.
Pilihanraya umum ke 15 bakal mendepani dimensi baharu. Pola pemikiran pengundi orang muda yang pertama kali layak memilih perlu diberi perhatian khusus. Mereka bukan boleh dipaksa oleh ibubapa mereka. Jumlah pengundi muda sekitar 4 juta orang dan ini bukan sesuatu yang boleh dipandang ringan oleh UMNO BN di PRU ke 15 nanti.
47 kes pembelaan diri Zahid juga antara perkara yang perlu diberi perhatian segera kerana UMNO dan BN bakal menghadapi pilihanraya umum yang amat penting, antara hidup dan mati UMNO BN selepas kalah teruk di PRU ke 14.
Bukan setakat menghormati Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri serta menghargai kedudukan beliau sebagai pemimpin nombor satu negara namun ianya adalah peluang terbaik UMNO BN untuk menghadapi PRU ke 15 kelak.
Tidak hilang bisa ular apabila menyusur akar. Berundur bukannya kalah tetapi ianya menyusun langkah ke hadapan dengan lebih selamat. Zahid perlu bertindak pantas.
Demi memertabadkan parti, seharus nya bawa lah mesyuarat dahulu sebelom diberi jawatan tu sbb sekira nya zahid letak jawatan yg memangku nye sepatut nya tok mad,kenapa nak ditinggalkan dia betul PM org no 1 tetapi dia masih lagi berjawatan naib presiden ,apa kata buat lah persidangan dan pemilihan semula dlm masa terdekat itu baru cantik dipandang olih ahli2 akar umbi
ReplyDeleteIngat parti UMNO ni macam parti-parti jalanan ke? Main serah begitu saja. Kita dalam UMNO ada cara sendiri. Ni siapa punya idea bangang minta buat macam ni? Apa dah lupa ke pada PAU yang dibuat? Tunggu sajalah pemilihan pucuk kepimpinan. Bangang ke bahlol penganalisis politik ni??? Siapa nama dia? Meh aku nak taji sikit kepala dia tu agar sel-sel otak dia kembali berfungsi.
ReplyDeleteportal dubuk dan lapdog mail lambung.
ReplyDeleteKita boleh agak anjing mana punya portal. haakkktuihh