Senario isu pengeluaran KWSP: Tuntutan Rakyat memohon pengeluaran KWSP sebanyak RM10,000-00 semakin kuat kedengaran dari Pergerakkan Pemuda ...
Senario isu pengeluaran KWSP:
Tuntutan Rakyat memohon pengeluaran KWSP sebanyak RM10,000-00 semakin kuat kedengaran dari Pergerakkan Pemuda UMNO Malaysia seolah-olah ini Suara Rakyat.
BOSSku Najib Razak juga menyuarakan perkara yang sama.
Namun jelas kelihatan PM DS Ismail Sabri menyerap segala tekanan ini dengan membuat satu pengumunan 'pakej bantuan mangsa banjir' yang lebih komprehensif.
PM teramat rasional dan tidak tunduk dengan tekanan ini kerana masih ada jalan yang terbuka luas bagaimana untuk terus membela nasib rakyat tanpa rakyat perlu memperjudikan wang sandaran masa tua mereka.
PM ketika menyampaikan Perutusan Tahun Baru malam tadi membuat pengumuman menambahkan lagi bantuan kepada rakyat yang terkesan akibat bencana banjir.
Rasionallah ketika membuat cadangan, jangan kelirukan mangsa yang sedang stress. Tekanan perasaan mangsa bencana wajar dan wajib diambil kira. Letak ke tepi apa juga bentuk 'idea populis' dan kembali kepada titik persamaan iaitu bagaimana membantu mangsa bencana tanpa menyusahkan mereka.
Lupakah kita apa peranan Simpanan Kewangan di KWSP?
KWSP merupakan sebuah dana Persaraan yang diberi mandat bagi melindungi simpanan Ahli untuk keperluan masa depan persaraan.
KWSP ditubuhkan semenjak tahun 1951, adalah tertakluk di bawah Akta KWSP 1991, yang menetapkan Akaun 1, iaitu 70% peratus simpanan rakyat, di tetapkan bagi persaraan di hari tua.

Tiada sebarang peruntukan didalam Akta ini yang membenarkan pengeluaran wang KWSP untuk bencana alam.
Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Kongress Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) dan Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia, telah menyuarakan kebimbangan mereka terhadap masa depan persaraan pekerja-pekerja di Malaysia dan mahukan pemberhentian pengeluaran khas Wang Simpanan KWSP ini.
Lebih merisaukan, terdapat lebih daripada 50% pencarum di dalam KWSP, tidak mempunyai dana melebihi RM10,000-00.
Satu angka yang amat merisaukan.
Kalau di benarkan keluar RM10,000-00 pun, tidak ramai yang boleh membuat pengeluaran.
Kerana itulah, bantuan yang diumumkan oleh PM DS Ismail Sabri untuk Keluarga Malaysia yang terkesan dengan banjir telah mencecah RM 61,000-00 bagi keluarga yang mengalami kemusnahan rumah secara total (rumah dihanyut air atau musnah teruk).
Ini tidak termasuk boleh meminjam RM 10,000-00 daripada Bank Simpanan Nasional sekiranya bantuan tersebut tidak mencukupi.
Pinjam RM 10,000-00 ini, walaupun pinjaman dari Bank tetapi ianya adalah tanpa faedah dan bank membenarkan secara otomatik 6 bulan Moratorium yang mana pada bulan ke 7 barulah mula membayar balik pinjaman tersebut dalam tempoh 3 tahun. Satu bentuk pinjaman yang tidak pernah ditawarkan oleh mana-mana institusi kewangan sebelum ini sejak dari negara kita merdeka. Kalau kita renungkan balik, berapa kali kita pinjam dengan mak-ayah, adik beradik atau sahabat yang karib dengan janji pembayaran balik tanpa faedah dan kadang-kadang mengambil masa yang lama untuk membayar hutang itu semula. Ada juga kita minta, bulan sekian baru mula membayarnya. Itukan moratarium.
Tiada kerajaan yang bersifat zalim terhadap rakyatnya apatah lagi ketika rakyat sedang menghadapi bencana yang tidak terjangka. Kerajaan yang bersifat cakna kepada rakyat akan berusaha dengan apa cara sekali pun untuk membantu rakyat tanpa rakyat perlu keluarkan wang sendiri. Itu bukannya kerajaan membantu rakyat, itu sebuah kerajaan yang ingin jahanamkan masa depan rakyatnya sendiri.

Contoh mudah kerajaan bersifat cakna, sekiranya mangsa banjir beranggapan agak sukar untuk membayar balik jumlah pinjaman RM10,000, kerajaan menawarkan option yang lain - iaitu voucher RM500 untuk membeli peralatan elektrik. Dah dapat peralatan yang baru, bagi menggantikan yang telah rosak. Ini janji PM.
Bukan setakat itu, PM juga telah berbincang dengan Proton dan Perodua dan kedua syarikat kereta nasional ini telah bersetuju untuk memberi perkhidmatan 'Towing' dan 'Repair Service' secara percuma. serta 50% peratus diskaun untuk alat ganti. Manakala jenama kereta lain akan memberi 25% peratus diskaun untuk alat ganti di kedai-kedai 'service centre' mereka yang berdaftar.
Ismail Sabri juga mengumumkan pemberian voucher RM 1,000-00 juga akan diberi kepada mangsa banjir yang mana kereta ataupun motosikal mengalami kerosakkan total.
Terlalu banyak bantuan yang di umumkan oleh Perdana Menteri malam tadi sekiranya mahu disebutkan satu persatu.
Pakej bantuan rumah yang mengalami kerosakan total sehingga RM56,000.
Ini jelas memperlihatkan, tiada keperluan untuk mangsa banjir mengeluarkan wang KWSP mereka. Biarlah ianya kekal sebagai sandaran kegunaan di hari persaraan kelak.
Berterima kasihlah kepada PM Ismail Sabri dan kerajaan yang telah mengumumkan pelbagai bantuan kepada rakyat yang terkesan dengan bencana yang tidak pernah kita terfikir seburuk itu terutama di Selangor dengan kadar yang segera.
Sesungguhnya, inilah satu semangat Nilai KELUARGA MALAYSIA yang sebenarnya.
Perlu diingat, ketika 'Banjir Merah' pada tahun 2014, tiada pengeluaran KWSP dibenarkan. Jangan kita lupa dan cuba melupakan.
No comments