Isu pemilikan saham dan pembelian saham yang dikatakan melibatkan Ketua Pengarah SPRM, Azam Baki mendapat perhatian sehingga memaksa Lembaga...
Isu pemilikan saham dan pembelian saham yang dikatakan melibatkan Ketua Pengarah SPRM, Azam Baki mendapat perhatian sehingga memaksa Lembaga Penasihat SPRM dan Azam Baki membuat kenyataan media rasmi semalam untuk menafikan bahawa ianya berkait secara langsung dengan Azam Baki.
Menurut sidang media khas semalam, Azam Baki mengaku bahawa pembelian saham yang didedahkan oleh pemilik akaun twitter 'Edisi Siasat" itu adalah berkaitan dengan adik kandungnya sendiri yang mana adiknya menggunakan akaun Azam Baki untu setiap pembelian saham tersebut.
Timbul 1001 persoalan antaranya kenapa adik Azam Baki tidak membeli dengan menggunakan nama sendiri?
Adakah nama adik Azam Baki 'black list' dari membeli saham atau disenarai hitamkan oleh bank kerana beliau seorang yang muflis?
Kalau muflis maka dari mana datangnya wang yang banyak jumlahnya untuk membeli saham-saham yang disebutkan oleh pemilik akaun twitter itu?
Cukupkah pembelaan terhadap Azam Baki hanya dengan menggunakan sidang media sahaja dan PDRM tidak perlu menyiasat lebih lanjut?
Tinggi sangatkah kedudukan Lembaga Penasihat SPRM sehinggakan kes ini seolah semuanya sudah selesai?
Bagaimana kalau jawapan sebegini dari rakyat biasa?
No comments