Isu yang masih hangat saat ini di negara kita adalah isu pemilikan saham terkait dengan akaun milik Ketua Pengarah SPRM Tan Sri Azam Baki. P...
Isu yang masih hangat saat ini di negara kita adalah isu pemilikan saham terkait dengan akaun milik Ketua Pengarah SPRM Tan Sri Azam Baki.
Penjelasan telah dibuat dengan secara rasmi oleh Azam Baki sendiri, Lembaga Penasihat SPRM melalui pengerusinya dan juga melalui Suruhanjaya Sekuriti yang bertanggjawab mengawal selia perjalanan urusniaga melibatkan jual beli dan pemilikan saham di negara kita.
Malangnya Pakatan Harapan melalui Kit Siang, Anwar dan DAP termasuk parti MUDA, anak didik DAP menggunakan isu ini untuk menyerang kerajaan dengan menimbulkan pelbagai persepsi jahat.
Kit Siang dilihat hampir setiap hari menyerang dan terbaharu beliau menyerang YAB Perdana Menteri berhubung isu Azam Baki ini.
Sememangnya Kit Siang terkenal dengan watak serangan berpilih. Isu anaknya sendiri ketika Pakatan Harapan menjadi kerajaan selama 22 bulan tidak pernah beliau membantah dan menyerang Mahathir apabila kes rasuah mega (Skandal Terowong Dasar Laut Pulau Pinang) Guan Eng ditarik balik. Integritikah dan beramanahkah tindakan Kit Siang dan kerajaan PH ketika itu?
Pakatan Harapan sedar mereka di dalam keadaan sangat rapuh sekarang ini. Nama mereka merudum jatuh dan terbukti di beberapa pilihanraya kecil malah yang terbaharu kalah teruk di dua pilihanraya negeri, Melaka dan Sarawak.
Tindakan mereka untuk mewujudkan ‘mahkamah jalanan’ sudah tidak diterima masyarakat kerana taktik tersebut sudah boleh dibaca kemana pengakhirannya.
Apa lagi yang ada untuk menarik kembali hati rakyat selepas mereka mengatakan manifesto pilihanraya umum ke 14 bukan satu janji yang perlu ditunaikan.
Inilah peluang terbaik bagi UMNO dan BN, segera memenangi hati rakyat. Peluang di ketika Ismail Sabri menjadi Perdana Menteri jangan persiakan.
Kes Azam Baki sepatutnya diserahkan kepada pihak berwajib dan bukannya cuba dimanipulasi sebagai modal politik murahan.
Sebenarnya Kit Siang, Anwar dan Pakatan Harapan begitu takut dengan Ismail Sabri. Kalau tidak, mereka tidak akan menyerang dan memfitnah Perdana Menteri hampir setiap hari.
No comments