Page Nav

HIDE

Post Meta

SHOW

Grid

GRID_STYLE

Post Snippets

FALSE

Hover Effects

TRUE

Pages

{fbt_classic_header}

Header Ad

Breaking News:

latest

Ads Place

Maruah Parti: Muhyiddin Lebih Berani Dari Zahid

Bercakap dengan tindakan perlu seiring. “Walk the talk” dan bukannya “sembang kari”. Itulah bahasa paling mudah untuk difahami yang ditujuka...


Bercakap dengan tindakan perlu seiring. “Walk the talk” dan bukannya “sembang kari”. Itulah bahasa paling mudah untuk difahami yang ditujukan khas kepada ahli politik.

Ingin jadi juara rakyat perlu berani bertanggungjawab ke atas apa yang keluar dari mulut kita. Malah wajib mentaati apa juga garis panduan yang kita sendiri adalah antara individu pembuat kepada organisasi tersebut.

Awang Azman Pawi dari Universiti Malaya (UM) dan Azmi Hassan, felo kanan penyelidikan strategik Akademi Nusantara, berkata Pakatan Nasional berisiko untuk mengulangi kekalahan yang memalukan pada pilihanraya negeri Melaka sekiranya ia mengguna pakai strategi sama di Johor.

Mungkin itulah sebabnya Muhyiddin membuat keputusan berani untuk tidak bertanding dan pertahankan kerusi DUN Gambir.

Menurut penganalis, Pakatan Harapan juga bakal tidak menjadikan Muhyiddin sebagai ‘Poster Boy’. Satu keputusan yang sukar tapi demi parti maka pengorbanan perlu dibuat.

Bagaimana dengan Zahid yang merupakan Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional? Beranikah berkorban untuk UMNO terus relevan?

Siapa lagi pemimpin UMNO yang perlu disebut namanya untuk Zahid jadikan panduan dan tindakan?

Pada tahun 1994, Rahim Tamby Chik, bekas Ketua Menteri Melaka dan juga Ketua Pemuda UMNO Malaysia meletakkan jawatan untuk menumpukan kepada kes jenayah rogol bawah umur yang dihadapinya. Akhinya Rahim menang kes.

Tahun 1997, Muhammad bin Muhammad Taib, Menteri Besar Selangor meletakkan jawatannya kerana ingin tumpukan kepada kes tidak mengisytiharkan wang RM4juta ketika memasuki Australia. Akhirnya beliau menang kes.

Exco Johor, Ab Latif Bandi yang menghadapi 37 pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram turut direhatkan dengan segera akibat pertuduhan tersebut.

Begitu juga berlaku kepada Suhaili Abd Rahman, Ketua UMNO Bahagian Labuan yang terus dipecat padanApril 2009 oleh Majlis Kerja Tertinggi UMNO kerana telah didakwa di Mahkamah atas pertuduhan membuat kenyataan palsu. 

Kes Suhaili adalah antara kes pertama selaras dengan keputusan satu mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO pada 29 Mei 2009 yang dipengerusikan oleh presidennya ketika itu, Datuk Seri Najib Razak, pucuk pimpinan telah menerima syor Jawatankuasa Pengurusan parti bahawa berkuatkuasa serta merta pemimpin atau mana-mana ahli parti yang didakwa di mahkamah secara automatik akan digantung semua jawatannya di dalam parti.

Apa yang berbezanya antara keadaan Zahid Hamidi berbanding dengan pemimpin yang tersebut di atas? 

Adakah sudah wujud kluster kebal dari perlembagaan parti yang dipersetujui dan menjadi garis panduan untuk seluruh ahli UMNO?

Berjiwa besar bukannya berselindung di sebalik sokongan sekumpulan individu yang meletakkan kepentingan jawatan dari keutamaan parti?

Peluang untuk UMNO mendapat balik kepercayaan rakyat terbuka luas apabila Perdana Menteri ke 9 adalah dari UMNO selepas Muhyiddin ditolak oleh majoriti ahli parlimen.

Peluang terbaik setelah UMNO BN kalah teruk di pilihanraya umum ke 14.

Sekurangnya jawatan Pengerusi Barisan Nasional diserahkan kepada Perdana Menteri supaya Zahid boleh memfokuskan kepada kes-kesnya itu. Biarlah Perdana Menteri boleh menumpukan bagaimana untuk meletakkan Barisan Nasional kembali di hati rakyat dan pengundi.

1 comment

  1. gang broker dah mula dah. cara tulis pun dah boleh agak.

    ini semua baruah celaka ppbm shj

    ReplyDelete

Ads Place