Sejak semalam berita keadaan Mahathir yang agak meruncing kesihatannya. Dalam masa tidak sampai pun sebulan, Mahathir terpaksa dikejarkan se...
Sejak semalam berita keadaan Mahathir yang agak meruncing kesihatannya. Dalam masa tidak sampai pun sebulan, Mahathir terpaksa dikejarkan semula ke Institut Jantung Negara (IJN) dan menurut sumber ianya mungkin lebih serius dari sebelumnya.
Orang politik bila berbicara soal sakit demam maka perkara utama dan pertama yang ada di dalam pemikiran mereka adalah siapa pengganti sekiranya wakil rakyat tersebut meninggal dunia.
Begitu juga dengan keadaan Mahathir, dah mula cakap-cakap kedai kopi di Langkawi bahawa anak perempuan Mahathir, Marina adalah calon yang layak menggantikan bapanya di parlimen Langkawi.
Antara faktornya adalah Marina mempunyai hubungan yang rapat dengan NGO-NGO yang bersifat agresif di dalam sesuatu isu termasuk beliau menyokong NGO LGBT.
Lihat anak Marina, watak ‘luarbiasanya’ mampu menarik minat pengundi muda untuk memilih Marina sebagai wakil mereka di parlimen.
Jenis manusia yang bebas seperti ‘hippies’ adalah pasaran terbaik sebagai pengunjung ke destinasi pantai dan pulau. Itu umpama syurga bagi mereka.
Faktor lain, sudah semestinya Marina akan dibantu oleh adik beradiknya yang super kaya.
Duit bukan isu untuk Marina menang mudah. Kan?
No comments