Ada dua kategori di dalam isu permintaan pengeluaran wang KWSP. Pertama adalah kumpulan yang berusaha dan berlumba tonjolkan diri menjadi h...
Ada dua kategori di dalam isu permintaan pengeluaran wang KWSP.
Pertama adalah kumpulan yang berusaha dan berlumba tonjolkan diri menjadi hero utama. Supaya orang ramai tahu dan mengenalinya sebagai ‘one and the only’ dan pejuang sebenar dan lebih bersungguh dari orang lain.
Kaedah yang digunakan adalah, memaki hamun dengan perkataan kesat dan kurang ajar terhadap Perdana Menteri Dato Sri Ismail Sabri.
Kenapa? Sebab utama supaya dikenali sebagai manusia berani melawan dan menyerang Ismail Sabri.
Spesis ini adalah kebanyakkannya dari UMNO itu sendiri. Cara mencari nama supaya mudah sekiranya ingin bertanding di pemilihan akan datang di pelbagai jawatan samada dari cawangan hingga ke jawatan di pusat. Spesis ini mudah dibaca dan mudah dilenturkan dengan ‘kepala agong’.
Kedua adalah kumpulan yang nampak lebih bersopan apabila menyuarakan isu pengeluaran wang tabung di hari tua, KWSP.
Kluster ini tidak begitu mendesak tetapi kekal mencuba agar kerajaan membenarkan pengeluaran secara ‘one-off’ RM10,000. Cuma yang dikesali adalah sepatutnya kumpulan ini membuat penjelasan menyeluruh, berapa yang KWSP telah benarkan dan apakah bentuk bantuan yang kerajaan telah dan sedang berikan kepada rakyat yang terkesan termasuk mangsa banjir.
Jangan selindungi perkara pokok. Bala banjir atau lainnya datang bukan pada tahun ini sahaja. Bagaimana pula di masa akan datang?
Bantuan dari kerajaan untuk semua rakyat pelbagai lapisan datang dengan pelbagai bentuk. Bagaimana sekiranya berlakunya bencana lain di masa akan datang? Tabung mana lagi yang dikatakan milik sendiri akan dipecahkan?
No comments