Di dalam kenyataan terbaharu Asyraf Wajdi, Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang dilihat sebagai 'siri perjuangannya' sebagai pemimpin say...
Di dalam kenyataan terbaharu Asyraf Wajdi, Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang dilihat sebagai 'siri perjuangannya' sebagai pemimpin sayap utama UMNO menampakkan beliau sebetulnya yang terkeliru atau mungkin cuba ambil jalan mudah membuat congakan matematik supaya dianggap pakar juga dalam sistem aliran kewangan negara walhal itu bukannya jurusan pengajiannya.
“Saya harap Zafrul janganlah mengelirukan rakyat. Sebagai contohnya, walaupun anggaran pengeluaran wajib pencarum mencecah RM34 bilion setahun, tetapi caruman wajib yang diterima oleh KWSP pada tahun ini (2022) juga dianggarkan mencecah RM70 bilion (mengambil kira unjuran data daripada Zafrul sendiri)
“Maka masih wujud lebihan tunai sebanyak RM36 bilion. Jadi apa masalahnya jika tuntutan i-Citra 2.0 ini dipenuhi memandangkan anggaran jumlahnya cuma sekitar RM25 bilion hingga RM30 bilion sahaja?” soalnya dalam status di facebooknya pada Selasa (semalam).
Melalui kenyataan tersebut anda boleh nampak Asyraf cuba untuk menjadi seorang pakar menguruskan kewangan. Beliau tidak mempelajari dari apa yang pernah dinyatakan oleh Saifuddin Nasution ketika siri kempen pilihanraya ke 14 berkait dengan bagaimana formula untuk hapuskan tol sekiranya Pakatan Harapan menang di dalam pilihanraya umum tersebut.
"...kita cuma perlukan RM8 bilion untuk mengambil alih 30% konsesi tol, RM21 Bilion tolak RM 8 bilion kita masih ada RM13 bilion lagi..." Ini antara petikan kempen pilihanraya oleh Saifuddin Nasution pada ketika itu.
Mudah bukan? Formula nak hapuskan tol dengan cara mengencing rakyat secara terang-terangan dan akhirnya apabila mereka berjaya menang pilihanraya umum ke 14, Pakatan Harapan terus mengekalkan kutipan tol dan tiada sedikit suara pun mereka keluarkan untuk hapuskan tol yang sebelum itu menjadi objek atau modal politik mereka.
Adakah Asyraf cuba mengulangi apa yang dibuat oleh pemimpin Pakatan Harapan? Cukupkah strategi menyedapkan telinga rakyat dengan 'angka-angka manisan' dengan mengharapkan kita menjadi pendekar rakyat di dalam isu pengeluaran wang dari tabung hari tua mereka?
Kalau mengikut kiraan cerdik Asyraf:
Caruman yang diterima dari pencarum - RM70 bilion
Anggaran pengeluaran wajib pencarum - RM34 bilion
Lebihan RM36 bilion
Dari RM36 bilion tolak anggaran i-Citra antara RM25 bilion hingga RM30 bilion maka baki wang yang ada untuk tahun berkenaan adalah di anggarkan sebanyak RM6 bilion hingga RM11 bilion.
Dari angka mudah tersebut, Asyraf berpandangan seperti Saifuddin orang kanan Anwar Ibrahim, masih ada duit dan belum menunjukkan paras negatif maka KWSP 'masih boleh hidup'.
Dalam 'formula bodoh' Asyraf, tidak wujud tentang peratusan dividen untuk pencarum. Bagaimana untuk kekalkan atau formula terbaik adalah penambahan jumlah peratusan angka keuntungan kepada mereka yang mencarum.
Asyraf juga lupa atau mungkin beliau pura-pura tidak tahu mengenai pelaburan KWSP, di mana KWSP melabur dan bagaimam mereka mengurus selia aliran wang tunai bagi memastikan setiap pelaburan tidak menghadapi masalah terutama aliran tunai.
Pengurusan aset milik KWSP juga mungkin jauh sekali ada di dalam kiraan Asyraf, yang ada hanya bagaimana untuk menjadi hero di dalam isu yang telah berulang kali diterangkan oleh pihak yang bertanggungjawab.
Bagaimana Asyraf menjadi Timbalan Menteri yang menguruskan jemaah haji melalui Tabung Haji? Apakah Asyraf hanya menjadi menteri yang bertugas melawat Mekah dan Madinah sahaja ketika itu? Tidak pernahkah Asyraf berada di dalam mesyuarat pengurusan Tabung Haji atau sekurangnya membaca laporan tahunan kewangan milik Lembaga Tabung Haji tersebut?
Jangan kerana kita ingin menjadi juara di dalam sesuatu isu maka kita ambil jalan mudah membuat kiraan dan formula sendiri.
Patutlah Asyraf tidak dilantik menjadi Timbalan Menteri Kewangan ketika itu.
No comments