Page Nav

HIDE

Post Meta

SHOW

Grid

GRID_STYLE

Post Snippets

FALSE

Hover Effects

TRUE

Pages

{fbt_classic_header}

Header Ad

Breaking News:

latest

Ads Place

KWSP: Asyraf Wajdi Makin Keliru

  Tiba-tiba nada Asyraf Wajdi bertukar mengenai ‘perjuangan’ beliau berhubung isu pengeluaran wang KWSP. Pengeluaran caruman Kumpulan Wang S...

 


Tiba-tiba nada Asyraf Wajdi bertukar mengenai ‘perjuangan’ beliau berhubung isu pengeluaran wang KWSP.

Pengeluaran caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) adalah satu keperluan kecemasan ketika rakyat masih berdepan ketidaktentuan situasi pandemik Covid-19, kata Asyraf Wajdi yang juga Ketua Pemuda UIMNO Malaysia.

Pelik, kenapa menggunakan ayat ‘masih berdepan ketidaktentuan situasi pandemik covid-19’? 

Tidak dinafikan bahawa virus tersebut masih ada namun angka jangkitan dan angka kematian menunjukkan penurunan dan terkawal. Paling tidak masuk akal, Asyraf seolah-olah menyembunyikan fakta tentang kesemua aktiviti ekonomi termasuk peniaga kecil di tepi jalan telah lama dibenarkan.

Sektor perkilangan dan pembuatan juga tiada sebarang halangan untuk menyambung semula aktiviti perniagaan mereka. Tiada sekatan tetapi ada SOP tertentu berbeza dengan tidak dibenarkan sama sekali.

Kenapa Asyraf dilihat membuat kenyataan melulu?

Adakah ini berkaitan dengan pemilihan UMNO akan datang dan Asyraf cuba mengukuhkan tapak jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia maka Asyraf kekal menggunakan isu pengeluaran KWSP sebagai modal politiknya?

Kerajaan di bawah pimpinan YAB Dato Seri Ismail Sabri kekal meneruskan bantuan kepada peniaga yang terjejas akibat virus berkenaan. Pelbagai pakej disediakan termasuk bantuan RM3000 untuk peniaga kecil yang terjejas akibat pandemik itu.

Janganlah kerana dendam akibat cadangannya supaya UMNO bergabung dengan DAP ditolak oleh Majlis Kerja Tertinggi UMNO termasuk oleh Ismail Sabri maka Asyraf dilihat membuat tuntutan populis yang amat tersedak gayanya.

Carilah idea terkini dan nilai itu biarlah cadangan melepasi garisan ‘luar kotak’ untuk membantu naikkan kembali sokongan orang muda kepada UMNO.

Mendesak biar bertempat. Peluang UMNO di PRU ke 15 jangan dirosakkan kerana ianya datang hanya sekali selepas UMNO BN kecundang di pilihanraya umum yang lalu.

Matanglah.

No comments

Ads Place