Kes pembelian saham adik Ketua Pengarah SPRM Tan Sri Azam Baki yang dikatakan telah menggunakan nama beliau telah mendapat reaksi pelbagai p...
Kes pembelian saham adik Ketua Pengarah SPRM Tan Sri Azam Baki yang dikatakan telah menggunakan nama beliau telah mendapat reaksi pelbagai pihak.
Bukan itu sahaja, kes ini juga mendapat perhatian yang menyeluruh dari pelbagai agensi yang bertanggung jawab termasuk Jawatan Kuasa Pemantau SPRM yang dipimpin oleh Tan Sri Rais Yatim juga telah memanggil Azam Baki.
Turut mengambil serius berhubung kes tersebut adalah pihak PDRM, Lembaga Penasihat SPRM dan pihak Suruhanjaya Sekuriti sendiri.
Adalah tidak wajar apabila ada penulis blog upahan cuba mengeruhkan suasana hingga terjejas perjalanan siasatan terhadap penglibatan Azam Baki di dalam urusan pembelian dan pemilikan saham-saham yang tersebut.
Tidak perlu menjadi pengulas isu yang akhirnya menjerumuskan diri ke kluster bodoh yang tidak boleh diajar dan kalau cerdik pun akan dibenci orang.
Memanipulasi sesuatu berita dengan menjadikan Perdana Menteri sebagai objek sasaran juga adalah satu kebodohan yang serius. Malah boleh menjadi kes fitnah serta kes menimbulkan keresahan umum.
Sepatutnya apabila sudah lama menjadi penulis politik maka tulislah yang berasaskan fakta dan bukannya cuba menjual maruah diri untuk mengejar populariti.
Ramai lagi penulis politik yang menulis di portal berita politik yang tidak menggunakan nama sendiri namun dilihat sebagai pencetus idea positif untuk masyarakat berfikir dengan lebih rasional dan harmoni.
Jangan letak diri sebagai penulis pelacur. Simpatilah kepada anak isteri yang tidak tahu bahawa mereka selama ini mentakedarah makanan dari sumber yang haram.
Kecil sangat otak penulis blog barua Dap apabila tidak mampu untuk sembunyikan fakta:
1. Apakah siasatan PDRM bukan perkembangan siasatan?
2. Apakah siasatan Suruhanjaya Securiti bukan perkembangan?
3. Apakah Jawatankuasa Pemantau SPRM diketuai TS Rais Yatim memanggil Azam bukan perkembangan siasatan?
Apa lagi yg Blogger Bengap seperti Shahbudin ni mahu?Kenyataan Perdana Menteri jelas tidak akan berkomplot dengan sesiapa saja dan apa jua kesalahan jika ianya berlaku.
Apakah dalam satu kes Shahbuddin mengharapkan Perdana Menteri membuat sidang media setiap hari untuk melaporkan perkembangan?
Inilah tahap kebodohan Shahbudin yg hanya berani menulis dalam bilik di rumah nya tetapi sedang ketakutan walau untuk keluar membeli rokok di kedai runcit Acheh kerana takut diludah atau disergah orang kerana kerja jahat beliau.
Perdana Menteri negara ini bukannya hakim, peguam dan polis. Beliau sedang menguruskan negara dan rakyat di saat ekonomi negara dan pandemik covid19 yang begitu perlukan daya urus seorang pemimpin utama negara.
Cerdik biarlah boleh dipakai.
No comments