“Saya berborak dan minum dengan group pemuda pada malam tahun baru selepas solat hajat dan program berzikir di kawasan sekitar JB. Saya tert...
“Saya berborak dan minum dengan group pemuda pada malam tahun baru selepas solat hajat dan program berzikir di kawasan sekitar JB.
Saya tertarik dengan beberapa ketua pemuda cawangan dan bahagian memaklumkan kepada saya yang Ashraf memaklumkan kepada mereka bahawa beliau telah berbincang dengan Perdana Menteri yg juga Naib Presiden UMNO DS Ismail Sabri agar membantu ketua-ketua pemuda bahagian dan negeri. Perkara itu berkali2 dinyatakan secara terbuka kepada semua pemuda bahagian dan negeri.
Saya menelefon seorang sumber yang dekat dengan PM DS Ismail Sabri untuk mendapatkan kepastian kerana apa yg saya tahu kebanyakan pemuda2 bahagian mendapat manfaat dari kedudukan PM yg juga Naib Presiden UMNO.
Dalam isu ini saya melihat 2 perkara yang telah diakui oleh ketua- pemuda bahagian dan negeri. PERTAMA memang sah dan betul PM atau Naib Presiden UMNO ada membantu ketua-ketua pemuda bahagian dan negeri. Ini kerana semua ketua pemuda maklum dan telah menerima bantuan dan sumbangan berbentuk kewangan dan mungkin barangan dari PM.
KEDUA, Ketua-ketua pemuda diberitahu oleh Ashraf bahawa bantuan PM kepada ketua-ketua pemuda merupakan hasil perbincangan beliau dengan PM. Itu merupakan salah satu desakan atau usaha beliau sehingga PM bersetuju untuk membantu pemuda-pemuda parti.
Selepas mendapat pengesahan dari sumber yg amat dekat dgn Naib Presiden, saya amat hairan dengan kerja buat Ashraf sebagai Ketua Pemuda UMNO Pusat yg sanggup berbohong dan membuat cerita yang tidak berlaku hanya semata utk kepentingan politik peribadi tatkala ramai ketua-ketua pemuda bahagian melihat Ashraf merupakan ketua pemuda yang paling kedekut dan tak berupaya membantu pemuda2 negeri atau bahagian walau untuk kos mesyuarat cawangan dan bahagian.
Sumber menyatakan bahawa tidak pernah ada perbincangan berkaitan sumbangan atau bantuan antara Ashraf dan PM(Naib Presiden). Bantuan dan sumbangan yang diberikan Naib Presiden merupakan inisiatif PM sendiri untuk membantu semua pemuda bahagian dan negeri tanpa didesak atau dicadangkan oleh sesiapa termasuk Ketua Pemuda UMNO Pusat Ashraf Wajdi.
Ashraf tak perlu berbohong untuk mengambil kredit politik dari keperihatinan dan inisiatif Naib Presiden yang beliau serang setiap hari hanya kerana i-Citra yg diperjuangkan beliau. Bercakap benarlah. Menipu tu bukan amalan yg baik untuk ketua pemuda yg berimejkan islamik tetapi kerap berbohong dan berbohong.
Dan ada kedengaran arahan2 yang digerakkan melalui ketua-ketua pemuda negeri dan bahagian agar setiap ketua pemuda yang menerima bantuan dari Naib Presiden tidak menwar2 kan sumbangan tersebut kepada ajk pemuda mahu pun ajk bahagian atau sesiapa kerana khuatir akan memberikan kelebihan dan mileage kepada Naib Presiden.
Tu la manusia. Hanya disebabkan satu benda yg tak memenuhi kehendak kita , seribu kebaikan Naib Presiden ditenggelamkan dan disorok dibawah kapet. Rupanya pemuda dah lama mendapat manfaat dari kedudukan Naib Presiden sebagai Perdana Menteri tetapi tidak didendangkan. Tidak berterima kasih pun. Hanya keburukan yang dilondehkan.
Seluruh pemuda perlu tahu akan kebenaran ini. Ashraf berbohong bahawa bantuan PM atas usaha dan cadangan beliau kerana pihak PM menafikan pernah wujud perbincangan berkaitan itu. Pemuda perlu tahu bahawa bantuan tersebut merupakan inisiatif dan usaha Naib Presiden sendiri.
Seluruh pemuda dan ahli parti perlu tahu bahawa Naib Presiden ada menyalurkan bantuan kepada sayap2 untuk memperkasakan gerakan parti diperingkat negeri,bahagian dan cawangan dan tidak sepertimana tuduhan dan naratif yg sengaja direka oleh pihak-pihak tertentu seolah PM tak pernah membantu parti atau parti tidak pernah mendapat manfaat daripada kerusi PM dari UMNO.
AKAN ada lagi pendedahan lain nanti. Sy nasihatkan ashraf untuk berkata benar dan menjawab persoalan ini secara terbuka agar semua pemuda mendapat maklumat dan kebenaran yg telah beliau sorokkan selama ini utk tujuan politik kotor beliau.
Saya cabar Ashraf tampil menyatakan kebenaran. Jangan jadi pondan yang hanya berperwatakan jantan.”
Emel dari:
Bekas PEMUDA
Nilai N9
No comments