Rata-rata ahli UMNO di pelbagai peringkat nampaknya memberi reaksi positif apabila UMNO melalui biro politik pusat bersetuju untuk menamakan...
Rata-rata ahli UMNO di pelbagai peringkat nampaknya memberi reaksi positif apabila UMNO melalui biro politik pusat bersetuju untuk menamakan hanya satu nama sebagai perdana menteri di PRU ke 15 akan datang.
Keputusan Biro Politik UMNO Pusat ini turut disokong sebulat suara oleh pengerusi-pengerusi perhubungan negeri demi UMNO BN mencapai kemenangan besar di pilihanraya umum akan datang.
Inilah masanya UMNO BN merebut kembali hati rakyat Malaysia setelah tewas di PRU ke 14 yang lalu.
Malah keputusan untuk memberi mandat kepada ‘Top 5’ UMNO untuk mencadangkan tarikh pilihanraya umum kepada Perdana Menteri dilihat bahawa hubungan antara kepimpinan tertinggi UMNO semakin rapat dan wujud persefahaman sebagai sebuah satu pasukan.
Apa juga perbezaan pandangan diraikan dan kepimpinan utama parti lebih mengutamakan mencari titik persefahaman.
Justeru, melalui mesyuarat tersebut juga, mereka mencapai kata sepakat untuk menjadikan Ismail Sabri sebagai ‘Poster Boy’.
UMNO perlu menang. Itu adalah misi dan visi hidup mati UMNO di PRU ke 15.
No comments